Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Saksi Kongsi Detik Terakhir Allahyarhamah Sandra Dianne Di Wad Hospital

by Khai Azfar
September 18, 2020
Share on Facebook

Pemergian Allahyarhamah Sandra Dianne masih dikenang sehingga ke hari ini. Jika Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Sebutir bintang yang pergi buat selama-lamanya pasti akan dikenang sebagai seorang insan yang baik budi pekertinya.

Berada Dalam Wad Yang Sama 

Di laman Facebook, seorang pesakit yang dikenali sebagai Amni Fatnin mendedahkan dia merupakan saksi yang berada di dalam wad yang sama dengan arwah selepas dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU). Menurut Amni, arwah telah ditempatkan berhadapan katilnya dan kagum melihatkan wajahnya yang tenang dan bersih seolah-olah sedang tidur.

“Rasa terpanggil untuk cerita apa sebenarnya yang berlaku di depan mata. Hari Khamis (10.9.2020), seorang pesakit dari wad ICU masuk bilik yang sama dengan saya, katilnya di sebelah depan saya.

“Wajahnya tenang, bersih, cantik. Komanya macam tidur. Sesekali jururawat datang, doktor datang panggil namanya, ‘Alesandra, Alesandra’.

“Ada seorang perempuan yang setia menjaga di sisi, pakai mask, susuk badan macam orang muda, jadi pada perkiraan saya itu kakaknya, hakikatnya itu ialah ibu yang sangat sayangkan anak perempuannya.

“Doa dan doa, bacaan Yassin terus dibacakan. Ada juga sesekali si ibu pasangkan voice note kata semangat, (mungkin dari saudara atau sahabat dekat) di telinga pesakit” kongsinya.

Hanya Air Mata 

Dalam pada itu, Amni turut melihat ibu Sandra mengelap air matanya biarpun tiada sebarang respon. Namun begitu, dedahnya keadaan tenang itu bertukar menjadi gamat seketika apabila arwah berada dalam keadaan tenat sekitar jam 11.00 malam.

“Tiada respon dari pesakit kecuali air mata. Nampak ibunya lap air mata si anak.

“Bila si ibu turun, naik pula seorang lelaki, bacakan yasin, azankan di telinga pesakit, baca syahadah di telinga pesakit. Pesakit tetap tenang, macam tidur. Kemudian saya tidur tak sedarkan diri (kesan bius pembedahan di badan masih ada)”

“Jam 11 malam, jururawat kejut untuk makan ubat. Dari sudut langsir yang sedikit terselak, nampak pesakit yang tenang tadi, mula tenat. Doktor, jururawat berkumpul, dengan sangat bersungguh cuba selamatkan pesakit.

“Dengar tumit kasut si ibu berlari masuk bilik sambil menangis, mintak ditemani, mintak kekuatan. Lepas saya makan ubat, muntah, cucuk jarum dan masuk ubat, saya tidur lagi tak sedarkan diri,” tulisnya lagi.

Mengambil kesempatan menjernihkan tohmahan seorang netizen yang mendakwa ibu arwah telah mencabut alat pernafasannya, jelas Amni tiada bantuan mesin oksigen diberikan kerana ketika itu arwah hanya bergantung pada tiub yang dipasang pada lehernya.

“Semoga awak husnul khotimah, Sandra. Sungguh, kematianmu disebut, dicemburui. Ramai yang doakan kamu.

“Jadi, di manakah kemanusiaan kamu bila kata arwah ‘mati katak’, ‘ibu arwah sengaja memilih untuk cabut oksigen di hari Jumaat ‘.

“Ibu arwah lah yang paling terkesan, sedih dan tak bersedia untuk kehilangan anaknya, tak mungkin si ibu yang memilih hari untuk nyawa anaknya dicabut.

“Dan sebenarnya tak ada pun bantuan oksigen pada arwah. Yang ada cuma tiub. Saya cuma cerita apa yang saya nampak, dalam keadaan separa sedar,” dedahnya.

Sebelum ini, ibu Sandra meluahkan rasa kecewa dengan dakwaan seorang netizen yang menyamakan pemergian arwah Sandra seperti ‘mati katak’ dan tidak kurang juga yang menuduhnya sengaja mencabut alat pernafasan. Geram dengan dakwaan itu, ibu penyanyi ini nekad untuk mengambil tindakan undang-undang kelak.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Sandra Diannesandra dianne meninggal dunia
Share6Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Naik Ambulans Untuk Hadiri Konvokesyen, Muhammad Afiq Terima Anugerah Khas

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Perjalanan dua hari dengan ambulans dari Arau, Perlis, ke Banting, Selangor, sebelum meneruskan perjalanan ke Kemaman, Terengganu, menjadi pengorbanan sepasang...

Read moreDetails
Khairul Aming Rembayung
Spotlight

“Cik Buat Dua Separate Booking”- Khairul Aming Ulas Isu Gabung Meja Rembayung

by Nurul A.
October 21, 2026

Nama usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA, terus menjadi bualan. Dan kali ini disebabkan oleh seorang...

Read moreDetails
Foto - @hallyuforums (IG)
Spotlight

BLACKPINK Jisoo Ada Kekasih? Cincin ‘Couple’ Dengan Aktor Kacak Ini Jadi Bualan

by Nurul A.
September 29, 2026

Nama BLACKPINK Jisoo sekali lagi menjadi bualan ramai, apabila selebriti itu didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor Seo Kang Joon. Khabar...

Read moreDetails
Spotlight

“Kepada Yang Berhati Busuk…”- Puteri Sarah Tunjuk Bukti Chat WhatsApp Dengan Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Nampaknya, isu tidak hadir ke majlis kahwin pun boleh mencetuskan pelbagai spekulasi! Pelakon Puteri Sarah Liyana akhirnya bersuara selepas timbul...

Read moreDetails
Spotlight

Isu ‘Madu atau Racun’ Cetus Perdebatan, Eric Fuzi Pula Sentuh Budaya Media Sosial

by Phic ARMAN
September 3, 2026

Isu drama Madu atau Racun semakin menjadi perhatian selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli...

Read moreDetails
Son Ye Jin
Korea

Wajah Anak Diambil Tanpa Izin, Son Ye Jin Ambil Tindakan Tegas

by Nurul A.
September 30, 2026

Sama seperti ibu bapa yang lain, aktres Korea Selatan, Son Ye Jin memberikan amaran kepada individu yang mengambil gambar anak...

Read moreDetails
Spotlight

Selepas 19 Tahun, Apa Yang 3DIVA Mahu Dari Peminat Malaysia?

by Phic ARMAN
September 12, 2026

Ada lagu yang bila dimainkan semula, terus membawa kita kembali ke satu memori. Zaman sekolah, cinta pertama atau mungkin seseorang...

Read moreDetails
Korea
Spotlight

Baru Episod 6, Netizen Korea Nak Boikot Drama “Doctor X: Mafia in White”?

by Nurul A.
October 27, 2026

Walaupun ada yang memuji "Doctor X: Mafia in White", namun baru-baru ini drama itu telah mencetuskan perdebatan di kalangan netizen...

Read moreDetails
JENNIE
Spotlight

JENNIE Dihentam Kerana OST “Steps”, Apa Kaitannya Dengan Justin Tranter?

by Nurul A.
October 19, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, JENNIE, telah dikritik selepas dilaporkan muncul dalam runut bunyi untuk filem animasi Netflix, "Steps". Apa Kaitan OST...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara