Ramai diantara kita yang pastinya akan merasa kurang keyakinan diri ketika melihat diri mereka yang mempunyai dagu berlapis dan kelihatan sangat menjengkelkan. Baik semasa mengambil gambar ataupun semasa berada di depan cermin. Dagu berlapis biasanya akan menjadikan wajah kelihatan ‘gemuk’ dan tidak seimbang.

Adakah kamu juga diantara orang yang mempunyai dagu berlapis atau double chin? Jangan risau, kami di Murai.My ada cara yang mudah bagi menghilangkan masalah dagu berlapis yang anda boleh cuba di rumah sahaja dan yang paling penting, ia tidak memerlukan modal yang banyak.

Dagu berlapis atau lapisan lemak yang terkumpul di bawah dagu tidak lagi akan menggangu penampilan anda dengan bahan semulajadi ini. Bukan hanya dapat menghilangkan dagu yang berlapis, malahan ramuan ini juga dapat mencerahkan kulit di bahagian leher anda. Hebat bukan? Jom kita tengok apakah bahan semulajadi yang boleh kita lakukan!

via cewekbanget.grid.id

Bahan-Bahannya:

1 biji putih telur

1 sudu besar susu tepung

1 sudu besar madu

IKLAN

1 sudu besar jus lemon

Cara-caranya:

Satukan semua bahan dan kacau sehingga sebati.

Sapukan pada bahagian rahang dan seluruh kawasan leher. Urut dengan lembut selama beberapa minit.

Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air yang bersih.

Mudah bukan? Jadi, tunggu apa lagi? Wajah akan kelihatan lebih cantik tanpa dagu yang berlapis. Selamat mencuba!

IKLAN