Setiap orang memiliki bentuk bibir yang berbeza-beza. Ada yang nampak lebih penuh atau tebal dan ada juga yang mempunyai bibir yang lebih nipis. Apa yang menariknya, bentuk bibir tersebut dapat memperjelaskan keperibadian atau karakter seseorang itu. Ada yang mengatakan, orang yang mempunyai cupid’s bow atau lekukan di bahagian tengah bibir mempunyai kelebihan berkomunikasi dengan sangat baik.

Selain itu, masih ada juga maksud lain yang boleh dijelaskan dari bentuk bibir yang anda miliki. Menurut Jean Haner, seorang pakar  membaca wajah dan penulis The Wisdom of Your Face mengatakan, jika bentuk wajah boleh menunjukkan keperibadian seseorang, jadi apa pulak maksud dari bentuk bibir? Berikut adalah penjelasannya yang dikeluarkan dari Cosmopolitan.

Bibir Bahagian Atas Dan Bawah Lebih Tebal

via blogspot.com

Bentuk bibir ini menunjukkan anda adalah seseorang yang banyak memiliki sifat keibuan serta peduli pada orang lain. Kamu juga adalah seseorang yang lebih mengutamakan orang lain dari diri kamu sendiri.

Meskipun demikian, anda tidak memerlukan perhatian dan kamu mudah memberikan kebahagiaan kepada orang di sekelilingmu. Kamu juga adalah seseorang yang mempunyai ramai kawan dan hubungan yang baik.

Bibir Bahagian Atas Dan Bawah Lebih Nipis

via abangterlajaklaris.my

Pemilik yang memiliki bentuk bibir sebegini lebih juga menyendiri dan tidak ada sebarang masalah jika harus bekerja seorang diri. Orang dengan bentuk bibir ini juga agak kurang serasi dan komunikasi dalam hubungan. Namun itu, tidak bermakna mereka tidak baik dalam hubungan dan sukar untuk serasikan diri dalam hubungan.

Bibir Cupid’s Bow (Runcing)

via Pos Kupang

Orang yang mempunyai bentuk bibir seperti ini adalah seseorang yang bijak dalam berkomunikasi, pemikiran yang sangat cekap dan dan seorang yang kreatif. Namun, kadang kala anda mudah dipengaruhi oleh emosi dan menyebabkan anda sering menjadi reaktif terhadap masalah. Di samping itu, anda biasanya tidak berfikir dengan teliti sebelum bercakap sehingga anda dapat mengatakan sesuatu yang baik atau buruk secara spontan.

IKLAN

Bibir Cupid’s Bow (Bulat)

via journal.sociolla.com

Bentuk bibir yang sebegini menunjukkan anda adalah seseorang yang baik hati, penyayang dan suka meluangkan lebih banyak masa dengan orang lain. Selain itu, anda juga mempunyai kebiasaan untuk mengambil berat tentang orang lain sehinggakan ramai yang suka berkawan dengan anda.

Bibir Dengan Cupid’s Bow Tidak Terbentuk (Sama)

via Pexels

Cupid’s bow yang tidak terbentuk menunjukkan anda seorang yang tidak mempunyai batasan emosi. Anda mempunyai sikap yang akan mendahulukan orang lain lebih dari kepentingan diri sendiri. Keinginan untuk menyelesaikan masalah juga sering membuat anda selalu terlibat dalam masalah orang lain sedangkan sebenarnya untuk beberapa perkara anda tidak perlu terlibat pun.

Bibir Yang Penuh Di Bahagian Tengah

via tartecosmetics.com

Anda mempunyai bakat yang semulajadi untuk menjadi seorang artis dan berkemungkinan akan sentiasa menjadi perhatian. Ini kerana anda juga suka menjadi perhatian dan tidak suka bersendirian. Dalam perhubungan, anda adalah seorang yang sangat dramatik dan sentiasa cenderung untuk memanjakan diri.

Bibir Mungil

via hijabnheels.com

Orang yang memiliki bibir mungil seperti ini adalah seseorang yang akan mendahulukan diri sendiri lebih daripada orang lain kerana anda tahu, menghargai diri sendiri itu adalah besar nilainya. Anda sukar untuk membina hubungan yang baik dalam perhubungan, namun jika pasangan anda mula memberikan perhatian seperti yang anda mahukan, anda akan mula mementingkan pasangan anda. Anda juga memiliki sikap yang jujur dan lemah lembut serta sangat manja.

Jadi, anda yang mana satu?