Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

5 Lokasi Kolam Air Panas Yang Patut Anda Kunjungi Di Sekitar Selangor

by Aphit J.
September 20, 2020
via MPS

via MPS

759
KONGSIAN
Share on Facebook

Kebaikan kolam air panas semulajadi kepada kesihatan manusia sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Kandungan sulfur dan mineral yang tinggi dalam kolam air panas semulajadi ternyata berkesan merawat pelbagai jenis penyakit seperti penyakit kulit, lenguh-lenguh badan, arthritis, rheumatism, sakit kepala dan sebagainya.

Kolam Air Panas Batu 16 Dusun Tua

via Mamajue

Kolam air panas Batu 16 di Dusun Tua ini sebenarnya adalah tempat yang diwakafkan untuk orang ramai. Di sini tidak dibenarkan untuk berendam. Jadi seeloknya jika datang ke sini, bawalah baldi dan cebok. Tempat mandi antara lelaki dan wanita telah diasingkan.
Waktu Operasi : 7.30 pagi – 7.30 malam
Tiada bayaran dikenakan. Tetapi anda digalakkan untuk memberikan sumbangan ke dalam tabung derma yang disediakan.

Kolam Air Panas Selayang

via MPS

Mempunyai 3 kolam air panas. 2 kolam untuk berendam dan 1 kolam yang kecil untuk rendaman kaki. Biasanya pengunjung yang datang mandi di sini akan membawa cebok dan baldi masing-masing. Kelebihan kolam air panas ini ialah dapat menampung pengunjung yang lebih ramai kerana kawasannya yang agak luas.
Bayaran Masuk Kereta : RM 2.00
Bayaran Masuk Motosikal : RM0.50
Waktu Operasi : Pagi – Tengah malam

Kolam Air Panas Sungai Serai

via Oh Semput

Ianya terletak di Kampung Sungai Serai, Mukim Hulu Langat, Selangor. Kolam Air Panas Sungai Serai ini terletak di Batu 11 Hulu Langat, berhampiran dengan sebuah masjid iaitu Masjid Ehsan. Pada waktu malam, keadaan di sini adalah lebih gelap. Jadi anda dinasihatkan lebih berhati-hati.
Bayaran Masuk : RM 1.00
Bayaran Letak Kenderaan : RM 1.00
Waktu Operasi : 8 pagi – 10 malam

Kolam Air Panas Kerling

via Harian Metro

Terletak di Kampung Air Panas Kerling. Jika dari Kuala Lumpur, lalui jalan menuju ke Tanjung Malim. Lokasi kolam air panas ini hanya kira-kira 10 km dari plaza tol Tanjung Malim. Antara kelebihan Kolam Air Panas Kerling ialah selain mempunyai tempat mandi berair panas semulajadi, terdapat juga tempat mandi semulajadi yang sejuk iaitu sungai. Sungai di sini cetek dan sangat sesuai untuk kanak-kanak mandi.
Bayaran masuk : PERCUMA

Kolam Air Panas Hulu Tamu Batang Kali

via Sini

Bagi mereka yang dalam perjalanan ke Genting Highlands melalui Batang Kali, bolehlah singgah ke Kolam Air Panas Hulu Tamu Batang Kali ini untuk berendam merehatkan kaki sebelum meneruskan perjalanan. Ada lebih kurang 4 kolam kecil dan besar. Anda dinasihatkan membawa baldi dan cebok untuk mandi di sini kerana larangan berenang telah diberikan di papan tanda untuk sebagai amaran berjaga-jaga berkenaan tahap kebersihan air.
Bayaran masuk : PERCUMA
Lokasi : Hulu Tamu, Batang Kali

Jadi untuk anda yang berada di Selangor, boleh cuba lokasi-lokasi kolam air panas yang berdekatan dengan anda.

kolam air panaskolam air panas di selangormalaysia hot spring
https://lomp.at/9ngvh
Share305Tweet189SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem