Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ketempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya.

Lalat adalah salah satu jenis serangga makhluk perosak yang paling mudah dijumpai. Berikut adalah petua orang dahulu untuk menghalau lalat daripada terus memenuhi rumah anda.

Menggunakan Bunga Cengkih

via Hello Sihat

Bunga cengkih merupakan salah satu alternatif untuk menghalau lalat.Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan letakkan ke dalam mangkuk atau bekas yang berisi air. Letak di atas meja makan. Biarkan mangkuk atau bekas itu terdedah begitu sahaja.

Menggunakan Daun Kari

via Healthline

Satu lagi petua yang boleh anda cuba untuk menghalau lalat adalah dengan mengambil 5-6 tangkai daun kari dan biarkan terdedah di atas meja makan. Bau kuat daun tersebut akan menjauhkan lalat dari makanan anda.

Meletakkan Hirisan Cili

via Natural Ingredient

Selain menggunakan daun kari, anda juga boleh menggunakan hirisan cili. Letakkan hirisan cili yang telah dibelah dua di atas meja sewaktu sedang menikmati hidangan. Sifat cili yang pedas dapat menggangu dan menghalau lalat di kawasan anda.

Menggunakan Serbuk Kayu Manis

via Oh My Media

Antara barangan dapur lain yang boleh menghalau lalat adalah dengan menggunakan serbuk kayu manis. Caranya anda hanya perlu taburkan serbuk kulit kayu manis di atas meja makan atau di ruang kerja anda di dapur. Sekiranya tiada serbuk, anda boleh menggunakan kulit kayu manis.

Untuk anda yang mempunyai masalah lalat yang banyak di rumah ataupun di kawasan tempat kerja anda, boleh cuba cara ini untuk menghalau lalat.

IKLAN