Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Misteri! Begini Rupa ‘Susuk’ Yang Terlihat Dalam X-Ray Di Tubuh Wanita 55 Tahun

by Zaidin Albert
September 21, 2020
155
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebuah posting dari seorang pengguna Instagram yang menunjukkan bahagian dalam tubuh wanita yang memakai ratusan susuk menjadi kecoh di media sosial.

Kemunculan ratusan susuk dapat dilihat dalam foto X-ray atau sinar-X yang dikongsi oleh pengguna Instagram Tasqia Syabira di akaun @tasyabira.

VIA @tasyabira/Instagram

Dalam sinar-X itu, jelas bahawa ratusan susuk menempati tubuh wanita di bahagian punggung, dan wanita itu berumur 55 tahun. Ia kelihatan seperti garis putih yang tersebar di seluruh tubuh wanita itu.

Tasqia kemudian menjelaskan tentang pemakaian susuk dari sisi sains perubatan yang dia pelajari. Menurut Tasqia, susuk dalam sains perubatan disebut Charm Needles kerana kelihatan seperti jarum.

Peliknya susuk jarang menyebabkan komplikasi dan tidak dapat dilihat ketika seseorang menjalani pembedahan. Susuk akan dapat dilihat ketika menjalani sinar-X sahaja.

“Susuk ini jarang menyebabkan komplikasi jadi biasanya lepas di X-ray tu tak sengaja terjumpa. Di X-ray ada, tapi kalau dibedah tak ada begitu”- tulisnya.

Lebih aneh dan tidak masuk akal, susuk ini boleh bergerak sendiri. Ini dialami oleh seorang pensyarah Tasqia ketika menjalani pembedahan pada pesakit.

Misteri Susuk Dalam Perubatan

Tasqia mengatakan bahawa susuk sukar dilihat dengan mata kasar. Tetapi ia akan muncul ketika orang yang pakai susuk menjalani sinar-X.

“Mengapa ia boleh dilihat melalui sinar-X? Oleh kerana ia terbuat dari emas dan tembaga, jadi ia kelihatan jelas pada sinar-X,” katanya.

Tasqia sendiri juga masih tertanya-tanya mengapa susuk itu tidak kelihatan semasa pembedahan. Oleh itu, jika susuk itu dijangkiti, sukar untuk mencari sumbernya.

Susuk Dipasang Atas Permintaan

Tasqia menjelaskan bahawa susuk ini dipasang mengikut permintaan orang yang ingin memasangnya.

“Ia boleh berada di mana saja,  pada bahagian kepala, selebihnya di kaki, tangan, perut, dada, payudara, dan lain-lain,” tulis Tasqia.

X-ray yang menunjukkan beratus-ratus susuk yang diposting di Tasqia InstaStory menjadi viral di media sosial dan menerima pelbagai reaksi dari netizen.

[ SUMBER Era.ID]

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Tasqia Syabira
https://lomp.at/cwlu7
Share67Tweet37SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem