Tanda atau titik hitam yang terdapat pada wajah dan badan yang biasanya disebut tahi lalat atau mole. Tetapi tahukah anda bahawa tahi lalat (nevus pigmentosus) adalah tumor yang biasa ada pada kulit manusia. Tumor ini biasanya berwarna gelap dengan saiz dan bentuk yang pelbagai serta ada juga yang semakin bertambah dan membesar.

Sebilangan besar tahi lalat terjadi sejak lahir dan menjadi semakin jelas ketika kita semakin dewasa. Kepercayaan masyarakat Cina menyatakan bahawa makna tahi lalat boleh menjadi penanda nasib seseorang pada masa akan datang. Tahi lalat juga adalah sebenarnya sebagai tanda lahir yang dimiliki oleh setiap orang.

Namun kedudukan tahi lalat pada setiap individu adalah berbeza-beza. Salah satu tahi lalat yang selalu dimiliki biasanya terletak pada wajah. Walau bagaimanapun, tidak semua memahami akan maksud tahi lalat yang terdapat pada wajah.

Berikut kami ringkaskan beberapa makna tahi lalat di wajah yang dikatakan akan memberi tuah kepada tuan empunya diri yang kami dapati dari berbagai sumber. Jom kita tengok!

Tahi Lalat Di Dahi

via Pos Kupang

Maksud tahi lalat yang terletak di dahi dianggap sebagai lambang kekayaan. Orang yang memiliki tahi lalat di kawasan ini biasanya seseorang yang kaya dan mempunyai nama baik dan popular di kalangan masyarakat. Orang ini juga dianggap sebagai seseorang yang suka menolong orang lain dan mempunyai kepercayaan yang kuat.

Orang yang mempunyai tahi lalat di bahagian tengah dahi pula adalah seseorang yang sangat kreatif. Mempunyai banyak kelebihan dalam karier mereka dan mempunyai nasib yang baik untuk menjadi seorang Boss. Mereka juga berkarisma dan dikagumi oleh banyak orang. Tidak hairanlah bahawa mereka yang mempunyai tahi lalat di bahagian dahi adalah pemimpin yang sesuai. Ini kerana ramai yang menghargai dan menghormati mereka.

IKLAN

Tahi Lalat Di Dahi Kiri Atau Kanan

via brilio.net

Menurut kepercayaan orang Cina, maksud tahi lalat di wajah yang terletak pada bahagian kiri atau kanan dahi adalah orang yang sering melakukan perjalanan ke luar negara. Namun, mereka akan mengalami nasib yang buruk ketika ke kawasan air. Oleh itu, lebih baik perjalanan melalui darat atau udara.

Dari makna tahi lalat ini menunjukkan juga bahawa orang itu adalah seseorang yang suka mementingkan diri sendiri dan tidak suka menolong orang lain. Sebaliknya, orang lain juga tidak akan menghormati anda.

Tahi Lalat Di Bibir

via Berita

Makna tahi lalat di wajah yang terletak dibahagian bibir melambangkan seseorang yang baik kepada semua orang. Namun sayangnya, dia seorang yang lemah terhadap lawan jenisnya. Bukan hanya itu, tahi lalat di bahagian dalam bibir juga dipercayai melambangkan seseorang yang mahir dalam dunia sihir.

Tahi Lalat Di Pipi

via kaskus.co.id

Maksud tahi lalat di wajah yang terletak di sebelah pipi melambangkan seseorang yang sangat sensitif dan menghormati kedua ibu bapanya. Orang ini juga dipercayai menyayangi pasangan dan keluarga mereka. Anda juga akan menikmati kekayaan, kesihatan dan panjang umur.

Tetapi ada juga simbol yang menunjukkan anda adalah seseorang yang introvert dan sombong. Anda akan mengalami pelbagai masalah dalam hidup, tetapi akan hidup bahagia di hari tua kerana anak-anak anda.

Tahi Lalat Di Dagu

via popbela.com

Maksud tahi lalat di wajah yang terletak di dagu adalah akan membawa kejayaan atau kegagalan bergantung kepada bagaimana ia dilakukan oleh pemiliknya. Tahi lalat di dagu juga melambangkan seseorang itu keras kepala dan suka mencari pasal.

Tahi Lalat Di Hidung

via Pos Kupang

Erti tahi lalat yang terletak di hidung biasanya menunjukkan masalah cinta dan ketidakstabilan yang selalu anda alami. Tahi lalat di kawasan ini melambangkan anda seorang yang dapat berfikir dengan cepat dan juga orang yang cepat marah serta panas baran. Anda juga adalah orang yang mempunyai keluarga besar dan banyak anak.

Tahi Lalat Di Mata

via viva.co.id

Maksud tahi lalat yang terletak di mata menunjukkan anda adalah seseorang yang beremosi dan anda juga adalah orang yang tidak akan menghabiskan duit dengan perkara yang sia-sia dan tidak juga sombong hanya untuk mencantikkan penampilan luaran anda.

IKLAN

Tahi Lalat Di Kening

via medadvicees.com

Maksud tahi lalat yang terletak di kening menunjukkan bahawa anda mempunyai semangat kepimpinan, kekayaan, nama baik dan populariti. Anda adalah orang yang sukakan barangan mewah dan sering menukar pasangan.

Tahi Lalat Di Sebelah Kiri Atau Kanan Kening

via Jawapos

Maksud tahi lalat di wajah yang terletak di bahagian sebelah kanan kening kemungkinan anda akan berkahwin pada usia yang muda dengan seseorang yang baik. Anda biasanya akan bernasib lebih baik setelah berumah tangga.

Maksud tahi lalat yang terletak di bahagian sebelah kiri kening pula biasanya kurang bernasib baik. Anda adalah seseorang yang tidak dapat menguruskan kewangan dengan bijak dan mempunyai banyak masalah di tempat kerja atau perniagaan yang diusahakan.