Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Tips

20 Kawasan Berada Di Tahap Satu & 2 Panas- Ini Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau

by Nurul A.
March 24, 2026
Share on Facebook

Tak dinafikan beberapa hari kebelakangan ini, Semenanjung Malaysia berdepan dengan situasi cuaca panas sehinggakan Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran tahap satu dan dua bagi terhadap beberapa daerah.

Amaran ini penting dan kerana suhu yang terlalu tinggi boleh menjejaskan kesihatan sesetengah individu, terutamanya golongan kanak-kanak, warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Perbezaan Tahap Status Cuaca Panas 

1. Tahap 1: Berjaga-Jaga

  • Suhu maksimum harian antara 35-37°C
  • Suhu panas berlaku sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut telah direkodkan

2. Tahap 2: Gelombang Haba 

  • Suhu maksimum harian melebihi 37-40°C
  • Berlaku sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut telah direkodkan

3. Tahap 3: Gelombang Haba Ekstrem

  • Suhu maksimum harian melebihi 40°C
  • Berlaku sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut telah direkodkan
Foto – met.gov.my

17 Kawasan Di Tahap 1

  1. Seluruh negeri Perlis
  2. Sik, Kedah
  3. Padang Terap, Kedah
  4. Kubang Pasu, Kedah
  5. Kulim, Kedah
  6. Bandar Baharu, Kedah
  7. Pulau Langkawi, Kedah
  8. Kuala Muda, Kedah
  9. Daerah Utara, Pulau Pinang
  10. Timur Laut, Pulau Pinang
  11. Selama, Perak
  12. Kuala Kangsar, Perak
  13. Kinta, Perak
  14. Hulu Perak, Perak
  15. Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  16. Jerantut, Pahang
  17. Raub, Pahang

3 Kawasan Di Tahap 2

  1. Pendang, Kedah
  2. Pokok Sena, Kedah
  3. Baling, Kedah

Tips Hadapi Cuaca Panas Melampau 

Tidak dapat dipertikaikan lagi, cuaca panas yang melampau boleh menjejaskan aktiviti harian kita selain menjadi risiko untuk mengalami penyakit seperti kelesuan haba dan strok haba. Jadi untuk menghadapu cuaca panas, MURAI kongsikan beberapa tips yang boleh kamu ikuti:

  1. Minum air putih sebanyak mungkin untuk elak badan daripada dehidrasi.
  2. Pilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik sejuk, meresap haba dan peluh seperti kapas.
  3. Pakai pakaian yang berwarna cerah.
  4. Jadualkan aktiviti fizikal pada waktu yang lebih sejuk seperti awal pagi atau awal petang.
  5. Pakai pelindung matahari spektrum luas dengan sekurang-kurangnya SPF30 atau lebih ketika berada di luar rumah.
  6. Hadkan aktiviti luar dan aktiviti yang menggunakan tenaga yang banyak.
  7. Disarankan mandi dengan air suam dan tidak terlalu sejuk kerana air sejuk akan membuatkan badan menjana haba untuk gantikan haba yang baru hilang.
  8. Letakkan atau lalukan air sejuk di pergelangan tangan selama beberapa saat kerana satu saluran darah utama berada di sini dan boleh berikan rasa sejuk dengan pantas.
  9. Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti sedikit.
  10. Gunakan pelindung kepada seperti topi atau payung ketika berada si luar.

Nasihat MURAI, jika kamu mengalami simptom seperti pening, lemah atau sakit kepala yang melampau ketika ini, segera ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan segera. Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cuaca panasmet malaysiatips cuaca panastips hadapi cuaca panas
Share3Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara