Wednesday, June 18, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

‘Bukan Benda Baru’- Ika Nabella Komen Kenyataan Anwar Ibrahim Tentang Isu Buli

by Zaidin Albert
September 23, 2020
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Kes buli dalam kalangan remaja seperti tiada noktahnya, malah semakin menjadi-jadi. Biarpun banyak kempen diwujudkan, juga peringatan dan nasihat diberikan menerusi media massa, namun tiada penyelesaian.

Hal ini turut mendapat perhatian pelakon dan penyanyi Ika Nabella atau nama sebenarnya Ika Nabila binti Abdul Rahim. Ika berpendapat, kes buli ini bukan lah hal yang baru dan tidak sepatutnya dijadikan sebagai budaya. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, bukan sahaja murid, tetapi ibubapa, guru juga boleh menjadi mangsa buli pada zaman sekarang.

“Bukan benda baru. Buli baik dari segi mental/fisikal dari dulu lagi dah ada. Perempuan cara perempuan, jantan cara jantan. Mak bapak budak2 ni pun boleh jadi mangsa/pembuli. Who knows. Bukan kata murid buli murid, murid buli cikgu pun ada. Cikgu buli murid pun ada. Budaya kan?”- tulis Ika.

Ika meluahkan pendapat ini menerusi salah satu posting yang dikeluarkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Instagram beliau. Dalam instagram rasminya, Anwar memuatnaik sebuah video singkat memaparkan kelakuan tidak bermoral sekumpulan pelajar membuli seorang budak lelaki di sebuah bilik asrama. Anwar menggambarkan kes buli ini sebagai budaya sial.

Kredit Foto: IG Anwar Ibrahim

Anwar berpendapat kejadian sedemikian seolah-olah berterusan meskipun pernah mengakibatkan kematian dan kecederaan parah.

“Budaya sial di kalangan pelajar mendera kawan masih berleluasa. Kejadian sedemikian berterusan meskipun pernah mengakibatkan kematian dan kecederaan parah.

Saya menuntut pihak sekolah, kementerian pendidikan dan PDRM untuk bertindak segera. Video seumpamanya perlu disebar meluas dan tindakan tegas perlu diambil.”- tulis Anwar di ruangan kapsyen.

Muatnaik video ini mendapat lebih 137 ribu tontonan dan 717 komen. Rata-rata netizen juga dilihat meluahkan rasa bimbang terhadap isu ini. Ada yang berpendapat kes buli akan menjadi parah malah berpotensi bertukar menjadi jenayah jika semua pihak hanya bersikap endah tak endah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

anwar ibrahimika nabella
https://lomp.at/kaysg
Share9Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  2. 2

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  3. 3

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

  5. 5

    Bella Astillah Mohon Maaf Isu Mesra Dengan Syed Saddiq-“Hanya Kerja, Bukan Cinta”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem