Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Jangan Ambil Mudah Tentang Migrain, Serangan Berlanjutan Boleh Mendatangkan Padah!

by Amirul Fikry
October 3, 2020
Businesswoman with intense stress and painful headache. Woman in job problems.

Businesswoman with intense stress and painful headache. Woman in job problems.

16
KONGSIAN
Share on Facebook

Antara masalah kesihatan yang sering dialami tidak kira wanita ataupun lelaki adalah migrain. Ramai yang mengambil mudah dan sanggup menahan rasa sakit serta jarang mengambil berat soal rawatannya. Pada mereka, migrain berlaku hanya seketika sahaja. Jadi, dalam tempoh tersebut, mereka masih boleh bertahan.

Migrain sebenarnya mempunyai beberapa simptom selain anda hanya akan berasa sakit kepala. Migrain akan berlaku apabila seseorang itu merasa sakit kepala yang agak kerap dan berulang-ulang. Tahap kesakitannya berbeza mengikut kekerapan serangannya serta jangka masa serangan yang berlaku.

Migrain sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud sakit pada bahagian sebelah kepala sahaja. Kebiasaannya, serangan sakit pada sebelah kepala boleh menyebabkan kedua-dua belah kepala juga akan merasa sakit jika ianya berlarutan.

Secara umumnya terdapat 4 jenis migrain iaitu:

  • Migrain tanpa aura
  • Migrain dengan tanda aura
  • Opthalmoplegic migrain
  • Status migrain

Tanda-tanda atau simptom bagi setiap jenis migrain:

via blogspot.com

Migrain Tanpa Aura

Bagi migrain tanpa aura, pesakit akan mengalami rasa berdenyut-denyut pada sebelah kepala dan merasakan seolah-olah ternampak bayangan bergaris-garis. Kebiasaannya, apabila terjaga daripada tidur, pesakit akan berasa teramat sakit dan turut berasa loya, muntah, mual serta sensitif pada cahaya dan bunyi. Manakala, denyutan yang dirasakan oleh pesakit pula adalah sangat sakit jika disentuh dan boleh menyebabkan pesakit pengsan.

Migrain Dengan Tanda Aura

via tribunnewswiki.com

Migrain jenis ini jarang berlaku dimana pesakit akan mengalami pandangan seolah-olah ternampak garisan yang membesar dan kemudiannya hilang dalam beberapa minit. Sebelum serangan migrain jenis ini berlaku, penghidap akan terasa mabuk dan kebas pada bahagian badan selama beberapa minit.

Opthalmoplegic Migrain

Kesan yang mungkin berlaku jika terkena migrain jenis ini adalah pesakit akan mengalami sakit kepala yang keterlaluan sehingga boleh menyebabkan mata menjadi juling dan lebih parah lagi akan menjadi buta namun hanya sementara waktu sahaja.

Walau bagaimanapun, migrain jenis ini sangat jarang berlaku. Dalam situasi ini, mata akan menjadi sepet sebelum menjadi juling (retinal migraine).

Status Migrain

Status migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami migrain yang teruk dan berterusan serta boleh mengakibatkan pesakit mendapat serangan strok. Jika hal ini berlaku pada kanak-kanak, mereka akan muntah dan mengalami sakit yang berulang.

Serangan migrain boleh datang melalui pelbagai cara seperti ‘severe‘ iaitu rasa berdenyut-denyut pada bahagian sebelah kepala ataupun kedua-dua bahagian. Serangan migrain juga boleh terjadi melalui ‘local‘ iaitu kulit pesakit menjadi kemerah-merahan dan pucat.

Pesakit juga akan mengalami situasi berpeluh dimana kebiasaan pesakit akan bercakap secara perlahan-lahan untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Namun, ada juga serangan yang datang daripada faktor cahaya bunyi sehingga kepala pesakit menjadi berdenyut-denyut.

Disini kami senaraikan cara secara semula jadi yang boleh anda amalkan bagi mengatasi masalah daripada diserang migrain.

  • Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya
  • Minum banyak air setiap hari
  • Jaga cara pemakanan
  • Lakukan senaman
  • Ambil makanan tambahan seperti multivitamin
  • Lakukan pemeriksaan gigi dan mata kerana ianya berkait rapat dengan kawasan kepala
  • Lakukan rawatan akupuntur atau bekam bagi menghilangkan toksin dalam badan
  • Berhenti merokok dan elakkan daripada terdedah dengan asap rokok.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
migrain janganambilmudah kesihatan sakitkepala
https://lomp.at/zxo4v
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem