Pelakon dan penyanyi, Bunga Citra Lestari (BCL) berkongsi beberapa momen sekitar sambutan hari lahir anak tunggalnya, Noah Aiden Sinclair yang ke 10 tahun.

Rai Serba Sederhana 

Merupakan sambutan pertama tanpa suami disisi iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair, namun BCL tetap meraikan hari lahir anak mereka dalam serba sederhana dan meriah. Malah turut kelihatan BCL membuat rakaman video secara langsung bersama ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat termasuklah Yuna dan suaminya, Adam Sinclair.

Dibanjiri Ucapan Dari Dua Negara 

Perkongsian itu turut dibanjiri dengan ucapan daripada ramai selebriti Indonesia dan juga Malaysia yang mendoakan agar Noah terus kuat dan menjadi seperti ibubapanya.

IKLAN

Terdahulu, beberapa hari yang lalu, BCL turut berkongsi foto dia bersama anaknya menziarahi pusara Allahyarham Ashraf bersempena hari lahir arwah yang ke-41.

View this post on Instagram

Happy birthday Daddy ❤️

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

Untuk rekod Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta.