Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Detik Cemas Anak Jatuh Atas Perut Isteri Hamil

by Khai Azfar
September 25, 2020
Share on Facebook

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi detik cemas apabila salah satu kandungan pasangan kembar isterinya, Datin Dr Halina dikatakan tidak bergerak.

Terjatuh Ketika Bermain 

Insiden tersebut terjadi selepas anak kembarnya, Adam dan Noah terjatuh dengan kuat di atas perut isterinya ketika mereka sedang bermain. Dedah Dr Sheikh, isterinya hanya mendiamkan diri sehinggalah dia memberitahu salah seorang kembar seperti tidak bergerak mahupun ‘menendang’ dua jam selepas insiden tersebut.

Bergegas Ke Unit Kecemasan

Berasa tidak sedap hati kerana pergerakan kandungan tidak seperti biasa, pasangan ini bergegas ke bahagian kecemasan di sebuah hospital kira-kira 20 minit perjalanan daripada rumah mereka pada jam 1 pagi. Ketika itu mereka hanya mampu berdoa dalam hati dan Dr Sheikh turut memberitahu kelihatan airmata Dr Halina mengalir sepanjang perjalanan tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)

Bagaimanapun, pasangan ini bersyukur kerana ujian pemeriksaan ‘Ultrasound’ mendapati kedua-dua bayi berada dalam keadaan sihat. Di kesempatan itu, Dr Sheikh turut menitipkan pesanan agar ibu hamil diluar sana untuk tidak mengabaikan perkara seumpama ini dan menjaga kandungan mereka sebaiknya. Untuk rekod, Dr Halina dijangka akan bersalin sekitar Disember ini.

Error happened.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar shukorDr Halina
https://lomp.at/tdxiw
Share4Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara