Setelah lebih dari tiga tahun beroperasi, pihak Museum Of Illusions Kuala Lumpur(MOI) mengumumkan penutupan operasi mereka sepenuhnya.

Ramai Yang Terkejut

Pengumuman yang dibuat menerusi media sosial mereka ternyata mengejutkan kerana ramai yang beranggapan muzium yang mempunyai pelbagai tarikan ilusi itu sememangnya harus dikekalkan. Selain tarikan ilusi, MOI juga terkenal dikalangan remaja kerana memilih muzium ini sebagai ‘Insta-spot’ mereka.

via @saufi_ramli
via @shamryn_mano

Promosi Terakhir

Untuk anda yang berhasrat ingin mengunjungi muzium ini yang terletak di atas Ansa Hotel Kuala Lumpur buat kali terakhir, anda boleh berbuat demikian sehingga 27 September 2020 kerana ianya bakal ditutup buat selama-lamanya pada keesokan harinya.

Bersempena dengan itu, MOI telah mengadakan promosi murah yang mana tiket masuk cuma berharga RM15 bagi pemegang MyKAD dewasa dan RM10 bagi pemegang MyKID kanak-kanak. Jangan lepaskan peluang ini!

IKLAN