Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Lagu AEWO Shiha Zikir Disabotaj? Jumlah Penonton Di YouTube ‘Ghaib’!

by Khai Azfar
September 28, 2020
Share on Facebook

Single Shiha Zikir berjudul AEWO pada pelancarannya baru-baru ini mendapat sambutan yang cukup mengalakkan yang mana telah mendapat lebih dari 100,000 jumlah tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

Jumlah Penonton Ghaib?

Malah rata-rata peminat turut menyambut baik kolaborasi Shiha bersama Noki dari Kumpulan K-Clique kerana iramanya yang malar segar.Bagaimanapun selepas seminggu ditayangkan, penonton AEWO di laman YouTube seolah-olah ‘ghaib’ apabila jumlahnya merudum sehingga 170,000, berbanding catatan tertinggi 381,095 pada hari ke-5 ia ditayangkan.

Telah Disuarakan Pada YouTube 

Lebih mengecewakan, jumlah tontonan masih tersangkut dan hanya meningkat secara perlahan.Menyedari akan isu tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Todak Fusion, Ikmal Fareeq, berkata, permasalahan ini telah disuarakan kepada pihak YouTube dan masih menunggu jawapan maklum balas.

“Penonton ‘ghaib’ atau penurunan jumlah tontonan ini sukar untuk kami difahami. Jika ia sudah ditonton, bagaimana penurunan boleh berlaku? Adakah ini perkara normal atau ada sesuatu yang tidak kena?

“Tambah musykil, turun naik jumlah tontonan muzik video AEWO ini berlaku secara kerap. Setiap kali mencecah 300,000 tontonan sahaja, pasti berlaku penurunan yang banyak pada minggu yang sama. Rekod paling rendah adalah 170,000 penonton. Jika hal ini tidak berlaku kemungkinan besar muzik video AEWO sudah mencecah 1 juta penonton sekarang.

“Bagi mendapatkan penjelasan, permasalahan ini telah kami suarakan kepada pihak YouTube dan masih menunggu jawapan maklum balas mereka,”katanya menerusi edaran kepada Murai.my.

Bertungkus-Lumus Demi AEWO 

Ujarnya lagi, proses menghasilkan muzik video AEWO menuntut perancangan yang teliti, membabitkan kreativiti secara berpasukan dan usaha yang bukan sedikit.

”TODAK Music, Shiha Zikir selaku penyanyi, penari latar dan seluruh tenaga produksi yang terbabit bertungkus-lumus dalam mengeluarkan idea bagi menghasilkan sebuah muzik video bertaraf antarabangsa.

“Kami ingin membuktikan bahawa industri kreatif di Malaysia tidak pernah ketinggalan, kita juga mampu mencipta karya setanding K-Pop yang mendominasi pasaran muzik global ketika ini.

“Oleh kerana usaha optimum yang dicurahkan inilah, kami berharap pihak YouTube dapat memberi penjelasan mengenai permasalahan yang berlaku, dengan harapan penonton AEWO dapat dikembalikan,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Shiha turut meluahkan rasa kecewa dan terkejut berhubung perkara ini yang dikongsi melalui akaun Instagram miliknya baru-baru ini. Terdahulu, lagu AEWO turut menjadi bualan hangat warganet apabila penyanyi ini dikatakan kononnya meniru konsep sebuah lagu popular dari Indonesia.

Topik Berkaitan "Slowly But Surely", Shiha Zikir Kembali Ke Berat Badan Asal Lepas Konsisten Bersenam

Bagaimanapun, jelas Shiha dia menerima setiap komen dengan hati terbuka kerana niatnya hanya ingin membawa pembaharuan. Menerusi carian Murai.my terkini, video tersebut telah ditonton oleh lebih daripada 300 ribu tontonan sejak dimuatnaik pada 5 Ogos lalu.

YouTube video

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ajak shiroshiha zikir
Share3Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  4. 4

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  5. 5

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara