Merebus telur merupakan salah satu perkara yang boleh dikatakan mudah dan seringkali dilakukan sekiranya memasak masakan yang berasaskan telur seperti nasi lemak, sambal telur rebus, salad dan sebagainya.

Tapi tahukan anda bahawa sekiranya merebus telur dengan cara yang salah akan berlakunya pembiakan bakteria dan ini adalah cara merebus telur yang betul supaya tidak retak dan berlakunya pembiakan bakteria.

Membasuh Telur Sebelum Merebus

via Amazon

Telur yang di jual adakalanya adalah telur pure yang tidak pasti tahap kebersihannya samada telur ini sudah dibersihkan ataupun tidak. Jika anda perasan, ada sesetengah telur terdapat kesan kotoran dan najis ayam yang masih melekat di permukaan luar kulit telur. Jadi sebaiknya anda membasuh dahulu sebelum telur direbus.

Merebus Bersama Hirisan Limau

via Hips

Telur yang direbus kadangkala retak dan boleh menyebabkan pembiakan bakteria kepada telur tersebut. Jadi untuk mengelakkan telur daripada meretak, masukkan beberapa hirisan limau kedalam air rebusan tersebut.

Merebus Menggunakan Air Bersuhu Biasa

via Downshift

Elakkan merebus telur dengan menggunakan suhu yang panas kerana ini akan memberikan kejutan terhadap telur sekaligus menyebabkan telur mudah retak. Telur yang retak akan memberikan ruang kepada bakteria untuk merebak kepada telur. Sebaiknya rebuslah telur bersama-sama air yang bersuhu biasa tanpa menunggu air menggelegak baru dimasukkan telur.

Menambah Sedikit Masa Ketika Merebus Telur

via Once Upon Chef

Telur akan masak dan keras sepenuhnya sekiranya direbus dalam 10 minit. Jadi untuk mematikan bakteria dan kuman, sebaiknya tambah sedikit masa dalam lingkungan 4 minit untuk menghapuskan bakteria tersebut. Tetapi jangan terlalu lama, kerana protein telur akan berkurangan sekiranya direbus dalam jangka masa yang panjang.

Jadi untuk anda yang suka masakan berasaskan telur boleh mengamalkan petua ini agar telur yang dimasak cantik tanpa retak dan bersih daripada penyebaran bakteria dan kuman.

IKLAN