Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Anda Keliru? Ini Perbezaan ‘Baking Soda’ Dan ‘Baking Powder’ Yang Ramai Tidak Tahu

by Aphit J.
September 27, 2020
75
KONGSIAN
Share on Facebook

Baking soda dan baking powder (serbuk penaik) berfungsi untuk menaikkan doh, sekaligus menjadikan tekstur makanan lebih gebu dan ringan. Namun, sesetengah orang mungkin menghadapi sedikit kesulitan untuk membezakan kedua-duanya. Berikut adalah perbezaan antara baking soda dan baking powder menurut halaman Healthline.

Baking Soda (Soda Bikarbonat)

via Medium

Baking soda atau turut dikenali sebagai soda bikarbonat merupakan bahan ragi bersifat alkali yang digunakan untuk mengembangkan adunan. Ia diaktifkan apabila dicampur dengan bahan bersifat asidik dan cecair dan membuatkan doh kembang, ringan dan gebu.

Disebabkan itulah, resipi yang menggunakan soda bikarbonat atau baking soda turut memerlukan perahan lemon, krim tartar atau susu masam yang bersifat asidik.

Baking Powder (Serbuk Penaik)

via Serious Seat

Baking powder atau serbuk penaik pula merupakan campuran tepung (biasanya tepung jagung), soda bikarbonat dan bahan aktif berasid. Seperti baking soda, bahan ini akan menghasilkan reaksi yang akan menyebabkan tekstur adunan anda menjadi lebih ringan dan kembang.

Oleh itu, anda tidak perlu lagi menggunakan bahan yang bersifat asid seperti perahan jus lemon dan sebagainya ke dalam adunan anda sepertimana ketika menggunakan baking soda.

Walaupun kedua-duanya nampak sama dari segi tekstur dan fungsi, namun anda perlu tahu perbezaanya adalah dari segi campuran bahan yang digunakan untuk memastikan kedua-duanya dapat memberi tindak balas yang paling optimum.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Baking PowderBaking SodaPerbezaan Baking Soda Dan Baking PowderSerbuk PenaikSoda Bikarbonat
https://lomp.at/eielh
Share34Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem