Sejak beberapa hari yang lalu, jenama restoran yang menyajikan menu popular dari Portugis-Afrika iaitu Nando’s telah mencuri perhatian netizen di media sosial apabila memuatnaik beberapa video perayaan di Malaysia.

Netizen Pelik

Selain video pada hari raya Aidilfitri, pihak Nando’s Malaysia turut berkongsi semula video dan ucapan mereka pada Tahun Baru Cina di semua laman media sosial mereka. Perkongsian itu ternyata menimbulkan pelbagai persepsi netizen.

Ada yang beranggapan pihak Nando’s secara tidak sengaja membuat perkongsian itu dan tidak kurang juga yang menganggap ianya adalah perkongsian automatik yang telah ditetapkan sebelum ini.

Gimik Dari Nando’s Malaysia 

Bagaimanapun, sebentar tadi Nando’s Malaysia memuatnaik satu lagi hantaran baharu di semua platform mereka sekaligus menjelaskan situasi yang berlaku.

Menurut pihak Nandos’, dengan beberapa situasi yang tidak mengizinkan pada tahun ini apatah lagi dua perayaan utama itu telah disambut dalam norma baharu, restoran yang terkenal dengan pelbagai gimiknya ingin meraikan semula ‘perayaan’ pada tahun ini di semua cawangan mereka.

IKLAN

Dengan itu, satu promosi khas telah diadakan yang mana pengunjung berpeluang menikmati diskaun sebanyak RM10 untuk set hidangan ‘full platter’ bagi empat orang. Rata-rata yang mengikuti perkembangan Nando’s di media sosial memuji idea kreatif yang dilontarkan oleh pihak pemasaran jenama itu yang sememangnya lain dari yang lain!