• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Klang? KLCC? Ini Senarai Tempat Di Lembah Klang Dengan Kes Covid-19

by Phic ARMAN
September 29, 2020
Share on Facebook

Agak membimbangkan bahawa jumlah kes Covid-19 positif di Malaysia semakin meningkat sehingga kemungkinan pelaksanaan PKP 2.0 menjadi trending di Twitter. Pada minggu ini, beberapa lokasi popular di Lembah Klang dan Petaling Jaya melaporkan kes positif Covid-19 yang menyebabkan penutupan sementara dan terus melakukan penyucian.

Berikut adalah beberapa tempat terkenal di Lembah Klang yang disahkan ada laporan kes positif Covid-19:

Nu Sentral

VIA Vision KL

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Nu Sentral di laman Facebook memberitahu bahawa salah seorang pekerja mereka diuji positif untuk Covid-19 pada 26 September 2020.

Taman Desa Serviced Apartments

VIA The Edge Property Malaysia

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 27 September, pihak pengurusan memaklumkan bahawa seorang penduduk Desa Green Serviced Apartments yang tinggal di Blok 2 telah dilaporkan positif menghidap virus tersebut. Pihak pengurusan segera mengambil langkah-langkah yang wajar untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan membasmi kuman dikawasan tersebut.

The Linc

VIA Options, The Edge

The Linc Development Sdn Bhd mengumumkan pada 24 September bahawa penjaga kepada salah seorang kanak-kanak  di Trinity Kids, cawangan The Linc KL baru saja diuji positif Covid-19. Difahamkan bahawa pihak pengurusan telah mengambil semua langkah pencegahan yang diperlukan.

Suria KLCC

VIA Travelvui.com

Pengurusan Suria KLCC mengesahkan kes positif Covid-19 bertarikh 23 September 2020 yang melibatkan seorang ahli di Babel.

Kakitangan lain yang ada kontak rapat dengan pesakit telah membuat ujian saringan dan diarahkan untuk kuarantin sendiri. Ahli pusat kecergasan atau gym itu juga mengunjungi cawangan Babel di TTDI. Babel dan Suria KLCC difahamkan telah mengambil langkah pencegahan dan pembasmian kuman dilakukan di Babel juga dan kawasan sekitarnya.

i-Soho Shah Alam

VIA www.booking.com

Dalam satu kenyataan, pihak pengurusan mengesahkan bahawa seorang kakitangan dari Pejabat Pengurusan Centralwalk diuji positif. Pejabat akan ditutup buat sementara waktu dari 28 September hingga 4 Oktober. Bukan hanya itu, ketiga-tiga menara, iaitu, kawasan kemudahan i-Soho, i-Suite dan Centralwalk juga akan ditutup buat sementara waktu.

Nike, Sunway Pyramid

Sunway Pyramid mengesahkan bahawa kakitangan di kedai Nike positif Covid-19. Outlet Nike diminta untuk membuat penutupan awal sebagai langkah pencegahan.  Kini, Sunway Pyramid menjalani pembersihan pembasmian kuman secara berkala.

Kompleks Sukan Desa Petaling

Untuk tujuan ilustrasi sahaja. Gambar Kompleks Sukan Desa Petaling yang diambil pada tahun 2017.

Seorang lelaki yang bertanding dalam pertandingan badminton yang diadakan di Kompleks Sukan Desa Petaling diuji positif untuk Covid-19 dan kini memberi amaran kepada orang ramai dan mereka yang ada hubungan kontak untuk membuat ujian saringan.

Pada 19 September, lelaki itu mengunjungi kompleks di Taman Desa Petaling, menurut laporan dari China Press. Dia mendapat tahu bahawa positif Covid-19 seminggu kemudian (26 September) dan segera memberitahu saudara-mara dan rakan-rakannya buat ujian saringan dan kuarantin diri secepat mungkin.

SMK Pandamaran Jaya, Klang

VIA SMK Pendamaran Jaya – blogger

Dua pelajar sekolah menengah dari SMK Pandamaran Jaya di Klang telah dilaporkan positif Covid-19. Pengarah pendidikan Selangor, Izmi Ismail telah mengesahkan bahawa kedua-dua pelajar tersebut telah dikuarantin. Masih belum diketahui mengenai bagaimana kedua-dua pelajar itu dijangkiti oleh Covid-19. Namun, dilaporkan bahawa terdapat sebilangan murid-murid dari Sabah yang bersekolah di sekolah tersebut.

Jadi, sudah tiba masanya untuk berhenti mementingkan diri sendiri kerana ketika ini, tidak ada yang mahu untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlaku lagi. Sekiranya anda keluar rumah anda, jangan lupa pakai topeng pelitup muka dan jaga jarak fizikal sepanjang masa. Sekiranya anda perlu menjalani kuarantin di rumah, pastikan anda dikuarantin selama 14 hari penuh! Jangan degil!

[Sumber WOB]

Covid19
https://lomp.at/3n6zb
Share5Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

FAKTA

Faliq & Chryseis Tan Nikah Februari Ini, Netizen Persoalkan Status Agama

by Zaidin Albert
January 4, 2018

'Kalau dah jodoh tak kemana’, seperti pasangan sepadan ini yang memutuskan untuk melangsungkan pernikahan pada bulan Februari ini. https://www.instagram.com/p/BdY3-4XjzKq/?taken-by=chrystan_x Menerusi...

Read moreDetails
FAKTA

Suami Dibunuh Kejam Komunis, Ini Kisah Sebenar Mangkuk Tingkat Mak Teh

by Khai Azfar
May 10, 2021

Selain himpunan lagu-lagu raya dimainkan di corong radio, iklan raya yang dihasilkan oleh pelbagai penggiat industri juga antara dinanti-nantikan saban...

Read moreDetails
FAKTA

6 Fakta Menarik ‘Mall’ Terbaru LaLaport BBCC, Dulu Merupakan Tapak Penjara Pudu

by Phic ARMAN
January 20, 2022

Generasi sekarang mungkin tidak tahu Bukit Bintang City Centre (BBC) atau kini berdiri megah pusat membeli-belah terbaru LaLaport BBCC sebenarnya...

Read moreDetails
FAKTA

Berhantu? Ini Senarai Tempat ‘Keras’ Yang Ada Di Malaysia

by Jash Lee
August 15, 2020

Anda pernah dengar filem mistik yang bertajuk 'Bangunan'? Jom kita tengok bagaimana filem ini dirakam dan misteri tempat yang dikosongkan...

Read moreDetails
Foto - Kalori Makanan
FAKTA

Netizen Pelik Macam Mana Pemilik Baker’s Cottage Boleh Jual Ayam Panggang Murah

by Puteri Alia
November 22, 2021

Tular di media sosial mengenai harga ayam panggang seekor dari Baker's Cottage, dikatakan lebih murah berbanding yang dijual oleh restoran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore