Menerusi edaran kepada pihak Murai.my, taman tema terkemuka negara Sunway Lagoon telah memaklumkan akan menunda tarikh pembukaan Day Light Fright (DLF) mereka.
Bermula 17 Oktober 2020
Sebelum ini, Sunway Lagoon telah mengumumkan DLF bakal menggantikan Night Of Fright (NOF) pada tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19 dan memberi keutamaan pada penjarakkan fizikal. DLF pada mulanya dijadualkan pada 3 Oktober 2020 namun atas beberapa faktor mereka hanya akan melangsungkan acara tersebut pada setiap Sabtu dan Ahad bermula 17 Oktober hingga 15 November 2020.
Buat mereka yang sudah membeli tiket, pihak Sunway Lagoon akan memanjangkan tempoh tamat tiket masuk taman tema tersebut selain menekankan hanya suhu badan para pengunjung yang menepati piawai sahaja akan dibenarkan untuk masuk.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.