Mengekalkan berat badan adalah satu cabaran di masa kita diperintahkan untuk sentiasa berada di dalam rumah. Ini adalah kerana kita akan lebih aktif sepanjang berada di rumah. Kurang bergerak, kurang senaman dan ditambah dengan kerap makan secara berlebihan akan menyebabkan kenaikan berat badan. Namun anda tidak perlu panik kerana kita masih lagi dapat mengawal jarum penimbang berat badan dari terus bergerak ke kanan lagi.

Seorang youtuber fitness, Brendan Jones ada berkongsi petua tentang 3 cara mudah untuk mengekalkan berat badan anda sepanjang berada di rumah. Sebelum ini, Jones telah berjaya mengharungi beberapa cabaran kecergasan dan penurunan berat badan dan dia telah memuat naik ke akaun Youtubenya. Jones juga telah menunjukkan bahawa dia dapat mengekalkan berat badannya secara konsisten. Untuk video terbarunya, Jones sekali lagi telah berkongsi bagaimanakah cara-caranya: Jom kita lihat!

Rehat Yang Mencukupi

Jones menegaskan bahawa kesibukan tanpa henti adalah faktor utama yang menjadikan berat badannya naik. Kesibukan juga membuatkan kita melebarkan lagi tabiat yang tidak sihat serta sukar mendapatkan rehat yang cukup. “Walaupun saya selalu bersenam selama 50 hingga 60 jam dalam seminggu, waktu bekerja dan sewaktu berada di atas jalan raya akan membuatkan saya kurang tidur.” kata Jones.

Sekiranya tidur terganggu, ia boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan. Kurang tidur mempengaruhi ghrelin dan lipten, hormon yang mengatur masa kenyang dan lapar serta cenderung untuk membuatkan kita makan makanan yang tinggi garam, gula juga lemak. Selain itu juga, bersenam tetapi kita tidak mendapat tidur yang cukup boleh menyebabkan badan membakar lebih banyak jisim berbanding lemak.

Menggabungkan Latihan Kardio

via Pinterest

Jones mengakui sejak sekian lama dia melakukan latihan kardio dengan berbasikal dan berlari, dia berpendapat bahawa kedua-dua senaman ini adalah kaedah terbaik untuk meningkatkan daya tahan tubuh. “Kemudian saya menggunakan alat kecergasan untuk latihan senaman saya seperti bermain bola keranjang atau frisbee. Setiap kali saya bersenam, saya merasakan hasil yang sama seperti saya berlari jarak jauh.” Kini Jones menggabungkan kesemua pergerakan dan senaman yang diamalkannya bagi memastikan dia berpegang pada matlamatnya iaitu menurunkan berat badan sambil mencari pengalaman dengan sesuatu yang lebih menyeronokkan.

IKLAN

Matlamat Diet Yang Realistik

via 100comments.com

Jones memberi tumpuan kepada makan makanan secara sederhana dan mengikut diet yang berselang (intermittent). “Banyak orang dapat memantau kalori dan berapa banyak bahagian makanan yang diambil, tapi itulah sebenarnya kebiasaan yang tidak pernah saya lakukan. Dengan adanya waktu yang saya tidak makan, saya dapat menghadkan berapa banyak makanan yang saya akan makan.” katanya.

Menurut Jones, ketika dia meletakkan target untuk mengekalkan berat badannya, pengambilan protein dan vitamin yang mencukupi amat penting.