Sunday, July 13, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Geram Dengan Menteri, Lihat Pengacara Ini Temubual ‘Kerusi Kosong’

by Khai Azfar
September 30, 2020
52
KONGSIAN
Share on Facebook

Mencuri tumpuan dunia, pengacara di Indonesia ini telah melakukan sesuatu yang tidak diduga apabila nekad menemubual sebuah kerusi kosong yang disiarkan secara langsung di Trans7, salah sebuah stesen televisyen yang terbesar di Indonesia.

Mata Najwa Bincangkan Isu Semasa 

Disiarkan dalam Mata Najwa, program yang diacarakan oleh Najwa Shihab ini sering menjemput pelbagai tetamu termasuklah ketua daerah, petugas COVID-19 sehinggalah Presiden Indonesia sendiri. Seperti yang sedia maklum, jumlah mangsa wabak ini di Indonesia meningkat dengan begitu mendadak dan Najwa sendiri telah menumpukan maklumat mengenai mencegah wabak di Indonesia dari pelbagai sumber.

Kecewa Dengan Terawan 

Mengenai temubual ‘kerusi kosong’ tersebut, difahamkan dia telah menjemput Menteri Kesihatan Indonesia Terawan Agus Putranto bagi membincangkan perkembangan situasi COVID-19 di Indonesia namun telah ditolak. Geram dan kecewa dengan penolakan tersebut Najwa telah merancang satu episod khas berjudul “#MataNajwaMenantiTerawan” yang kemudian disiarkan di saluran YouTube Najwa Shihab pada Isnin.

“Pandemik ini belum reda dan terkawal. Oleh itu, kami menjemput Menteri Kesihatan Terawan Agus Putranto. Tentu saja tidak ada tokoh yang lebih tepat untuk berbicara kepada masyarakat, kepada kami, untuk memberi penjelasan mengenai keadaan sebenar dan sejauh mana negara menanganinya,” kata Najwa.

Kongsi Najwa, Terawan adalah individu paling hadapan dalam perang melawan COVID-19 dan dia harus menjadi tokoh yang memperjuangkan kesihatan rakyat Indonesia.

“Selagi kedudukan Menteri Kesihatan masih di tangannya, tanggungjawab tidak dapat dipisahkan dari bahunya,” tambahnya lagi.

Memandangkan Terawan dikhabarkan tidak dapat datang ke studio mereka, Najwa bertindak menemubual kerusi kosong di hadapannya seolah-olah dia sedang menemuramah Menteri Kesihatan Indonesia.

“Mengapa kamu menghilang tuan? Anda tidak selalu muncul di khalayak ramai semasa wabak ini,”

“Atau mungkin kehadiran Menteri Kesihatan di khalayak ramai tidak penting?

“Orang ramai, antara lain melalui petisyen, meminta kemurahan hati anda untuk mengundurkan diri, adakah anda bersedia untuk mengundurkan diri, tuan?” tanya Najwa.

Sebaik sahaja tular video berkenaan, ribuan komen membanjiri laman YouTube itu serta memberikan pelbagai pandangan yang tersendiri. Untuk rekod, Indonesia telah mencatat lebih 200,000 kes COVID-19 dan lebih 10,000 kematian.

YouTube video

Mata NajwaMata Najwa Terawan Agus PutrantoTerawan Agus Putranto
https://lomp.at/vxuur
Share21Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @ahmaddhaniofficial (IG) / @wearingklamby (IG)
Indonesia

‘Dibuli’ Ahmad Dhani, Netizen Kecewa Dengan Sikap Tiga Anak Maia Estianty

by Soph Azz
July 10, 2025

Tiga anak lelaki Maia Estianty, iaitu Ahmad Al Ghazali, El Rumi dan Dul Jaelani, telah menjadi sasaran orang ramai kerana...

Read more
Foto - @cakecaine (IG)
Indonesia

Diraba Peminat Selepas Konsert, Nadin Amizah Luah Rasa Kesal- “Saya Rasa Sangat Kotor”

Baru-baru ini penyanyi Indonesia, Nadin Amizah meluahkan rasa kesal dan kecewanya menerusi Stories di akaun Instagram peribadinya. Dalam hantaran yang...

Read more
by Soph Azz
July 7, 2025
Foto - @3divaofficial (IG) / @mulanjameela1 (IG)
Indonesia

5 Selebriti Indonesia Kahwini Orang Ketiga, Ada Krisdayanti Hingga Ahmad Dhani

Kalau kamu nak tahu, ada sesetengah selebriti tidak terlepas daripada khabar angin curang sehinggakan perkahwinan mereka gagal. Dan bukan itu...

Read more
by Soph Azz
July 4, 2025
Foto - Warta Sidoarjo / Suara Sarawak
Indonesia

[VIDEO] Tak Percaya Gosip Kahwin Dhani-Mulan, Reaksi Lama Maia Curi Perhatian

Tiada siapa sangka, Maia Estianty suatu ketika dahulu pernah mempertahankan bekas suaminya, Ahmad Dhani dan Mulan Jameela daripada khabar angin...

Read more
by Soph Azz
July 3, 2025
Foto - Liputan 6 / Indopop
Indonesia

[VIDEO] Tak Balas Tuduhan Ahmad Dhani, Maia Estianty Tayang Konsert Beyonce

Ahmad Dhani menjadi tumpuan ramai selepas memuat naik video kompilasi tuduhan yang sering digosipkan oleh bekas isterinya, Maia Estianty, di...

Read more
by Soph Azz
July 2, 2025
Indonesia

[VIDEO] “Semua Manusia Di Bumi Ini Berhak Bahagia” – Lucinta Luna Kongsi Momen Indah Bersama Kekasih

Personaliti media sosial dan selebriti sensasi Indonesia, Lucinta Luna, kembali mencuri tumpuan ramai selepas memuat naik sebuah video romantis bersama...

Read more
by Arsiqin Yusof
July 2, 2025
Foto - @its_lauramoane2 (IG)
Indonesia

Laura Moane Dedah Pakaian Dalam Dicuri Di Set Penggambaran- “Saya Rasa Insecure…”

Murai boleh katakan, ramai wanita di luar sana menghadapi perkara yang sama dan memilih untuk mendiamkan diri. Tetapi lain pula...

Read more
by Soph Azz
July 1, 2025
Foto - @mulanjameela1 (IG) / Suara Sarawak
Indonesia

Kongsi Video Di YouTube, Ahmad Dhani Tuduh Maia “Umpat & Fitnah” Mulan Jameela

Pemuzik Ahmad Dhani baru-baru ini telah mengejutkan orang ramai, apabila dia telah menuduh bekas isteri, iaitu Maia Estianty, sering memfitnah...

Read more
by Soph Azz
July 1, 2025
Indonesia

[VIDEO] Konsert Jiwa Kacau 2025 Berjaya Pukau 13,000 Penonton, Fattah Amin Mengaku Sudah Bertunang Curi Perhatian!

Konsert Jiwa Kacau 2025 yang berlangsung pada Sabtu lalu berjaya pukau lebih 13,000 peminat yang membanjiri Stadium Hoki Bukit Jalil....

Read more
by Naddy Joe
July 1, 2025
Indonesia

[VIDEO] PUBG Mobile Berkolaborasi Dengan Bernadya!

PUBG MOBILE, salah satu permainan mudah alih paling popular di dunia, kembali dengan kejutan istimewa menerusi kolaborasinya bersama Bernadya, pemuzik...

Read more
by Naddy Joe
June 30, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  3. 3

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  4. 4

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  5. 5

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem