Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Inilah Wanita Yang Memiliki Bentuk Tubuh Paling Sempurna Di Dunia

by Amirul Fikry
October 17, 2020
889
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Britain Kelly Brook, yang terkenal dengan wataknya dalam sitkom One Big Happy, selalu mendapat pujian atas kecantikan yang dimilikinya. Apa yang menarik lagi, beberapa penyelidikan telah dilakukan dan terbukti bahawa Kelly Brook ternyata memiliki bentuk badan yang paling ideal dan sempurna dan inilah yang sering dicemburui oleh peminat-peminatnya.

Menurut The Sun, pada tahun 2016, satu penyelidikan telah dilakukan oleh penyelidik di University of Texas dan para penyelidik tersebut telah menamakan Kelly Brook sebagai wanita yang memiliki bentuk tubuh yang paling sempurna dan terbaik.

via taringa.net

Dalam kajian yang dilakukan, para penyelidik telah melakukan analisis berdasarkan banyak perkara dan turut menyatakan bahawa seorang wanita dengan tubuh yang sempurna adalah wanita yang memiliki tinggi 168 cm, ukur lilit dada 99 cm, pinggul 91 cm dan berat badan 63 kg.

Dari rujukan ukuran itu, hanya Kelly Brook yang dilaporkan memenuhi kriteria tersebut. Di samping itu, para penyelidik juga mendedahkan bahawa ukuran badan Kelly sangat semula jadi dan tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik.

“Wanita ini (Kelly Brook) sangat natural dan sempurna secara ilmiah.” kata pasukan penyelidik seperti yang dipetik oleh The Sun.

via Pinterest

Ketika dia dinobatkan sebagai wanita dengan tubuh yang paling sempurna di dunia, Kelly sendiri amat terkejut. Dalam temu bual yang dijalankan, wanita yang berusia 40 tahun itu mengakui bahawa dia sering merasakan dirinya masih tidak sempurna terutamanya semasa di depan kamera.

Walaupun begitu, Kelly Brook juga mengakui bahawa dia sangat gembira dan bangga kerana senaman dan diet yang sihat yang dilakukannya adalah sebab dia dapat merangkul gelaran tersebut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
bentuktubuhsempurna wanitadankecantikan kellybrook
https://lomp.at/hj4ry
Share365Tweet219SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem