Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Thai Airways & Singapore Airlines Lancar Restoran Di Atas Pesawat!

by Khai Azfar
October 1, 2020
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Seperti yang sedia maklum, penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia telah membataskan penerbangan di beberapa buah negara. Malah Malaysia sendiri telah menutup semua pintu sempadan antarabangsa sebelum membuka kembali untuk penerbangan ke negara lain.

Tampil Dengan Idea Baharu

Ekoran itu, kebanyakan pesawat di beberapa buah negara telah ‘berehat panjang’ di ruangan parkir membuatkan syarikat penerbangan tampil dengan idea baharu. Syarikat penerbangan Thai Airways dan Singapore Airlines dikatakan akan menjadikan pesawat mereka sebagai sebuah restoran unik.

Thai Airways Tukar Kafeteria Sebagai Restoran Pesawat

Thai Airways terlebih dahulu membuka langkah dengan menjadikan kafeteria ibu pejabat mereka di Bangkok sebagai sebuah restoran. Segala-galanya di dalam restoran tersebut telah direka berkonsepkan seperti sebuah pesawat termasuklah para pelayan yang memakai krew kabin penerbangan.

via weforum

Singapore Airlines Bawakan Pengalaman Sebenar

Berbeza pula bagi Singapore Airlines, mereka sememangnya akan menukar salah satu pesawat penumpang terbesar dunia, A380 menjadi restoran dan menariknya lagi akan menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah pelanggan.

Dikhabarkan , pelanggan boleh memilih kelas kabin dan menu berbeza yang akan disediakan oleh chef antarabangsa. Buat pelanggan yang hadir dengan memakai pakaian tradisional pula akan menerima hadiah istimewa dari syarikat penerbangan nombor dua terbaik di dunia ini.

Untuk mereka yang memesan makanan untuk dihantar ke rumah pula turut tidak akan melepaskan peluang seperti berada di atas kapal terbang.

Mereka akan menerima video selamat datang, panduan cara memanaskan makanan serta senarai lagu yang disediakan khas. Malah, untuk yang ingin melihat bagaimana latihan di syarikat ini juga akan dibuka buat orang ramai kelak. Langkah ini merupakan alternatif buat syarikat penerbangan yang mencari dana untuk menyokong kewangan mereka.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/f3co3
Share10Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem