Tuesday, February 7, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Budaya

IKEA Berbesar Hati Untuk Hentikan Penjualan ALKALISK, Ini Sebabnya!

by Phic ARMAN
October 1, 2020
78
KONGSIAN
Share on Facebook

IKEA bakal menghentikan jualan bateri alkali yang tidak boleh dicas semula daripada rangkaian globalnya menjelang Oktober 2021. Dengan keputusan ini, IKEA berharap pelanggan akan beralih kepada penyelesaian bateri yang boleh dicas semula, sekali gus menjimatkan wang dan mengurangkan sisa dalam jangka masa yang panjang.

“Kami berbesar hati untuk menghentikan bateri alkali ALKALISK daripada rangkaian global kami dan meningkatkan tumpuan pada bateri yang boleh dicas semula,” kata Lars Svensson, Pengarah Kelestarian untuk IKEA Asia Tenggara & Mexico.

“Kami berharap langkah ini akan membolehkan pengguna di Asia Tenggara memilih bateri boleh dicas semula yang mudah dan mampu dimiliki, melanjutkan lagi hayat dan bahan produk, di samping mengurangkan sisa dan menjimatkan wang.”

Rangkaian bateri LADDA IKEA merupakan bateri hidrida logam nikel (NiMH) yang boleh dicas semula sehingga 500 kali. Beberapa kajian perbandingan Penilaian Kitaran Hidup mendedahkan bahawa bateri NiMH yang boleh dicas semula memberikan impak lebih rendah terhadap persekitaran berbanding dengan bateri alkali, apabila digunakan dalam peranti dengan penggunaan tenaga yang tinggi dan perlu sentiasa dicas semula, contohnya permainan, lampu suluh, pembesar suara mudah alih atau kamera.

Setelah dicas 10 kali, bateri NiHM yang boleh dicas semula seperti rangkaian LADDA yang dijual di IKEA, mengeluarkan gas rumah hijau yang lebih rendah berbanding dengan bateri alkali dalam membekalkan jumlah tenaga yang sama. Selepas dicas kira-kira 50 kali, impak keseluruhan bateri NiMH terhadap persekitaran adalah sama atau kurang daripada impak penggunaan bateri alkali.

Pada tahun lepas, IKEA telah menjual kira-kira 300 juta bateri alkali di seluruh dunia. Daripada angka ini, kira-kira 3.4 juta pek bateri ALKALISIK yang tidak boleh dicas semula telah dijual di sembilan gedung IKEA yang beroperasi di Singapura, Malaysia dan Thailand.

Jualan bateri ALKALISK akan dihentikan secara berperingkat-peringkat bagi memberi masa kepada pembekal-pembekal untuk membuat persediaan, dan membolehkan IKEA menjual stok yang sedia ada.

Jualan bateri ini akan dihentikan sepenuhnya di seluruh dunia menjelang Oktober 2021. Namun, bateri butang ion litium, PLATTBOJ akan dikekalkan dalam rangkaian IKEA kerana beberapa aplikasi yang sedang dijual oleh IKEA memerlukan bateri sel butang untuk berfungsi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Ikea
Share31Tweet20SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Banyak Aktiviti! Memang Seronok Sambut Tahun Baru Cina di LEGOLAND® Malaysia
Budaya

Banyak Aktiviti! Memang Seronok Sambut Tahun Baru Cina di LEGOLAND® Malaysia

by Phic ARMAN
January 18, 2023
Sudah Banyak Terjadi, Netizen Berang Dengan Sikap Pegawai Tak Berperikemanusiaan!
Malaysia

Sudah Banyak Terjadi, Netizen Berang Dengan Sikap Pegawai Tak Berperikemanusiaan!

by Haz Haan
January 4, 2023
Warganet Ramal Episod Ramadhan Dan Raya Di Rumah Berulang
Malaysia

Warganet Ramal Episod Ramadhan Dan Raya Di Rumah Berulang

by Haz Haan
January 3, 2023
“Nikah Dengan Orang Jepun Kena Ada Translator”- Lelaki Jepun Lafaz Akad Nikah Guna Bahasa Jepun
Malaysia

“Nikah Dengan Orang Jepun Kena Ada Translator”- Lelaki Jepun Lafaz Akad Nikah Guna Bahasa Jepun

by Nurin Sakinah
December 30, 2022

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  2. 2

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  3. 3

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  4. 4

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  5. 5

    Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan