Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Kerana Covid-19, Pengarah Terkenal Ini Kini Memilih Untuk Jual Sayur

by Phic ARMAN
October 1, 2020
58
KONGSIAN
Share on Facebook

Kesan daripada pandemi Covid-19 telah dirasakan oleh setiap negara. Puluhan ribu penduduk terpaksa bekerja dari rumah dan ada juga yang tidak dapat bekerja. Salah satunya adalah penggiat seni ini yang bekerja sebagai pengarah tetapi menukar haluan hidupnya menjadi penjual sayur.

Profesionnya sebagai pengarah TV membuatnya tidak dapat bekerja kerana batasan sosial dan fizikal semasa wabak tersebut. Akibatnya, proses penggambaran, yang merupakan sumber pendapatan utamanya, tidak dapat dilakukan. Kisahnya juga mendapat perhatian netizen di India.

Profesionnya sekarang sama sekali berbeza dengan bidangnya dalam industri hiburan, pengarah terkenal Ram Vriksha Gaur kini sebagai penjual sayur di pasar dan kadang-kadang harus keluar menjualnya menaiki motosikal.

Dilaporkan oleh HindustanTimes, Ram menjual sayur-sayuran di kawasan Azamgarh. Dia menceritakan kisahnya, iaitu ketika projek yang sedang diusahakannya terpaksa dihentikan kerana adanya pelaksanaan lockdown di India. Hal ini sememangnya menghalangnya daripada melakukan penggambaran.

“Saya datang ke Azamgarh untuk membuat persiapan sebuah filem. Kami berada di sini ketika lokasinya diumumkan dan kemudian mustahil untuk pulang”- kata Ram, yang dipetik oleh Hindustan Times.

Kerana tidak dapat berada di kampung halamannya, Ram memutuskan untuk menjual sayur-sayuran di gerainya. Dia berniaga setelah projek yang diusahakannya terpaksa dihentikan sehingga tahun depan.

“Projek yang sedang kami jalankan ditamatkan dan pengeluar mengatakan akan mengambil masa satu tahun atau lebih untuk kembali bekerja. Saya kemudian memutuskan untuk menjalankan perniagaan ayah saya dan mula menjual sayur-sayuran. Saya sudah biasa dengan perniagaan ini dan tidak menyesal,” tambahnya.

Dia berharap keadaan dapat dikawal lagi dan dia dapat kembali ke Mumbai. Sementara itu, dia akan melakukan kerja yang boleh dilakukannya untuk terus hidup.

“Saya mempunyai rumah sendiri di Mumbai dan saya pasti akan kembali suatu hari nanti. Sehingga itu, saya di sini melakukan apa yang saya mampu,” sambungnya.

Ballika Vadhu

Diketahui bahawa Ram memulakan kerjayanya di industri televisyen sejak tahun 2002 dan dibantu oleh seorang rakan dan penulis Shahnawaz Khan. Bermula sebagai kakitangan biasa untuk menyebar ke bahagian produksi siri TV, dia kini telah berjaya menjadi pengarah TV untuk rancangan terkenal ‘Ballika Vadhu’.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Covid19PengarahRam Vriksha Gaur
https://lomp.at/6yr7q
Share24Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem