Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

“Saya Tidak Dapat Tidur” – Chef Wan Sedih Ibu Disahkan Hidapi Kanser

by Khai Azfar
October 2, 2020
114
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam hantaran di laman Instagram, Chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berkongsi rasa sedih mengenai keadaan terkini ibunya, Noraini Abdullah yang semakin uzur.

Ibu Disahkan Hidapi Kanser 

Menurut Chef Wan, dia begitu terkejut apabila mendapat tahu bahawa ibunya disahkan menghidapi kanser selepas menjalani pemeriksaan di sebuah hospital swasta. Jelas bapa kepada Serina Redzuawan itu, sebelum ini ibunya ada mengadu sakit dan meminta melakukannya perlahan-lahan setiap kali sedang memandikannya.

Malah dedah Chef Wan, doktor telah menemui dua ketulan besar dan ianya telah merebak ke bahagian kelenjar limfa.

” Ketika saya mandikannya beberapa kali, dia ada cakap buat perlahan-lahan kerana berasa sakit”

“Selama beberapa hari saya nak tahu adakahnya sakit itu berpunca daripada ianya ketulan. Jadi saya minta ibu baring dan saya gunakan tiga jari untuk mencari ketulan tersebut. Ketika saya menolak jari saya lebih dalam , saya mula merasa terdapat ketulan besar seperti tisu keras atau isi badannya”

“Saya begitu terkejut. Biarpun saya bukanlah seorang doktor tapi saya banyak membaca artikel mengenai kanser payudara dan kadangkala dijemput untuk melakukan demo masakan pada Hari Kanser Negara saya tahu ianya adalah kanser” kongsinya.

Keadaan Ibu Tidak Mengizinkan 

Membuatkannya tidak dapat tidur malam, Chef telah diberitahu oleh doktor keadaan ibunya tidak mengizinkan untuk melakukan pembedahan mahupun kimoterapi memandangkan faktor umur dan saiz tumor yang agak besar.

“Memikirkan umurnya dan saiz tumor yang sangat besar, kami tak dapat lakukan kimoterapi mahupun pembedahan. Tidak ada gunanya untuk melakukannya kerana ianya akan memberi kesakitan kepada ibu dan tumor itu pun sudah membesar dengan begitu besar”

“Apa yang boleh dilakukan adalah dengan memberikannya ubat untuk mengecilkan tumor tersebut” dedah Chef Wan.

Bersyukur Diberi Peluang Menjaga Ibu

Redha dengan ketentuan Ilahi, Chef Wan bagaimanapun meluahkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk menjaga ibu tercinta apatah lagi insan tersebut bakal menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 89 tahun.

“Dia pasti akan pergi juga. Dalam masa dua minggu, ibu akan menyambut usianya yang ke 89 tahun,” akhirinya.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut dan kenalan mengharapkan agar Chef Wan sekeluarga terus tabah dan mendoakan agar ibunya segera sembuh.

[VIDEO] Gelagat Chef Wan Membebel Sebelum Beri Duit Raya, Buatkan Netizen Terhibur!
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
chef wanibu chef wan
https://lomp.at/dns3g
Share59Tweet23SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem