Mengikuti jejak langkah abangnya Haqiem Rusli, penyanyi baharu yang dikenali sebagai Zali Rusli,15 membuat kemunculan sulung menerusi single Pewangi.

Ikut Jejak Langkah Haqiem

Zali yang merupakan anak bongsu dari 4 beradik ini turut meminati bidang nyanyian sama seperti abangnya. Acapkali mengikuti dan menonton persembahan Haqiem, Zali merasa teruja dan menyimpan hasrat untuk berkongsi pentas bersama abangnya suatu masa nanti.

Haqiem Bagi Galakan

Setelah dilamar oleh syarikat rakaman FMC Music, Zali dikenakan syarat oleh kedua ibu bapanya agar tidak mengabaikan pelajaran.

https://www.instagram.com/p/CF00qccgKy8/

Malah, Haqiem sendiri selaku abang memberi sokongan sepenuhnya kepada Zali untuk melangkahkan kaki sebagai anak seni tetapi harus memberi tumpuan juga pada pelajaran. Bagaimanapun, akui Haqiem dia turut merasa debaran apabila single pertama adiknya telah mula dimuatnaik disemua platform bermula semalam.

IKLAN

“Harapan saya untuk Zali, semoga dia dapat belajar benda-benda yang baru dalam industri muzik Malaysia sebab dia sangat muda dan saya beri galakan untuk menjadi seorang penghibur sebab benda yang positif bukan? kita hiburkan orang, hiburkan peminat dan buat orang gembira”

“Dalam masa yang sama, dia juga boleh belajar dalam bidang muzik dan bidang pembuatan lagu. Pada usia muda seperti dia, bagi saya galakan yang bagus dan harapan saya lagu yang keluar ini merupakan permulaan untuk dia muncul dalam industri muzik Malaysia” kata Haqiem kepada Murai.my

Menariknya mengenai Pewangi, Zali telah mempertaruhkan lagu ciptaan abangnya sendiri dan dia telah meletakkan harapan yang tinggi pada lagu tersebut. Jelasnya lagi, dia turut berharap agar pendengar tidak membandingkan dirinya dengan Haqiem kerana menurut Zali beliau menyampaikan lagu ini dengan cara nyanyiannya sendiri walaupun lagu tersebut dicipta oleh abangnya.