Jika ke Putrajaya, tidak sah sekiranya tidak menaiki Cruise Tasik Putrajaya yang mana merupakan salah satu tarikan utama pusat pentadbiran Malaysia ini.

Kembali Dengan Pakej Baharu 

via google

Selepas ‘berlabuh’ untuk beberapa bulan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, kini Cruise Tasik Putrajaya kembali buat para pengunjung dan semestinya menjanjikan pengalaman yang lebih meriah dan menarik dengan pengenalan pakej baru iaitu [email protected] Tasik Putrajaya.

Karaoke Atas Cruise

Sambil bersantai menikmati keindahan Putrajaya dan makanan yang menyelerakan, para penumpang akan dihiburkan dengan persembahan buskers yang akan memainkan lagu-lagu kegemaran ramai secara live.

Di samping itu, para penumpang juga boleh berkaraoke dan menyertai permainan mini games yang sudah pasti akan lebih menggamatkan suasana. Pakej istimewa ini diperkenalkan untuk merancakkan lagi aktiviti pelancongan yang sangat terkesan dengan wabak Covid-19 dan seterusnya menyokong industri pelancongan domestik.

Belayar Selama 1 Jam Setengah 

Sebagai permulaan, [email protected] akan dianjurkan pada setiap hari Sabtu minggu ke-empat setiap bulan. Cruise ini akan mula berlayar pada jam 9.00 malam dari Jeti Cruise Tasik Putrajaya Presint 1 dan akan belayar menyelurusi Tasik Putrajaya yang nyaman dan indah selama 1 jam setengah.

Menariknya lagi  mengenai pakej ini, setiap bulan mereka akan memperkenalkan tema yang berbeza bagi memberi tarikan dan kelainan. Difahamkan kadar kekerapannya akan turut dipertingkatkan sekiranya pakej ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai.

IKLAN

RM250.00 Untuk Dua Orang Dewasa 

Harga yang ditawarkan adalah amat berbaloi iaitu hanya RM250.00 untuk dua orang dewasa manakala untuk kanak-kanak harganya adalah RM75.00 untuk seorang. Pakej ini termasuk dengan sajian yang disediakan dalam cruise.

Terdahulu, bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, [email protected] telah memperkenalkan tema “Tradisi dan Sarong” bagi memperingati sambutan Hari Malaysia di mana para penumpang digalakkan untuk memakai pakaian mengikut tema ini sebagai lambang perpaduan dan mempamirkan kecintaan terhadap seni dan budaya negara.

Bagi setiap pelanggan yang telah menempah bagi pembelian pakej ini, layak untuk mengambil bahagian bagi cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah berupa telefon pintar yang bernilai RM2,500. Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan bagi pakej [email protected] ini boleh menghubungi Jabatan Jualan dan Pemasaran di talian 03-8881 0648 atau boleh juga email kepada [email protected] dan ke laman Facebook Cruise Tasik Putrajaya.