Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Kembali Berlayar! Cruise Tasik Putrajaya Tawar Pakej ‘Lepak’

by Khai Azfar
October 2, 2020
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika ke Putrajaya, tidak sah sekiranya tidak menaiki Cruise Tasik Putrajaya yang mana merupakan salah satu tarikan utama pusat pentadbiran Malaysia ini.

Kembali Dengan Pakej Baharu 

via google

Selepas ‘berlabuh’ untuk beberapa bulan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, kini Cruise Tasik Putrajaya kembali buat para pengunjung dan semestinya menjanjikan pengalaman yang lebih meriah dan menarik dengan pengenalan pakej baru iaitu Lepaq@Cruise Tasik Putrajaya.

Karaoke Atas Cruise

Sambil bersantai menikmati keindahan Putrajaya dan makanan yang menyelerakan, para penumpang akan dihiburkan dengan persembahan buskers yang akan memainkan lagu-lagu kegemaran ramai secara live.

Di samping itu, para penumpang juga boleh berkaraoke dan menyertai permainan mini games yang sudah pasti akan lebih menggamatkan suasana. Pakej istimewa ini diperkenalkan untuk merancakkan lagi aktiviti pelancongan yang sangat terkesan dengan wabak Covid-19 dan seterusnya menyokong industri pelancongan domestik.

Belayar Selama 1 Jam Setengah 

Sebagai permulaan, Lepaq@Cruise akan dianjurkan pada setiap hari Sabtu minggu ke-empat setiap bulan. Cruise ini akan mula berlayar pada jam 9.00 malam dari Jeti Cruise Tasik Putrajaya Presint 1 dan akan belayar menyelurusi Tasik Putrajaya yang nyaman dan indah selama 1 jam setengah.

Menariknya lagi  mengenai pakej ini, setiap bulan mereka akan memperkenalkan tema yang berbeza bagi memberi tarikan dan kelainan. Difahamkan kadar kekerapannya akan turut dipertingkatkan sekiranya pakej ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai.

RM250.00 Untuk Dua Orang Dewasa 

Harga yang ditawarkan adalah amat berbaloi iaitu hanya RM250.00 untuk dua orang dewasa manakala untuk kanak-kanak harganya adalah RM75.00 untuk seorang. Pakej ini termasuk dengan sajian yang disediakan dalam cruise.

Terdahulu, bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, Lepaq@Cruise telah memperkenalkan tema “Tradisi dan Sarong” bagi memperingati sambutan Hari Malaysia di mana para penumpang digalakkan untuk memakai pakaian mengikut tema ini sebagai lambang perpaduan dan mempamirkan kecintaan terhadap seni dan budaya negara.

Bagi setiap pelanggan yang telah menempah bagi pembelian pakej ini, layak untuk mengambil bahagian bagi cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah berupa telefon pintar yang bernilai RM2,500. Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan bagi pakej Lepaq@Cruise ini boleh menghubungi Jabatan Jualan dan Pemasaran di talian 03-8881 0648 atau boleh juga email kepada sales@cruisetasikputrajaya.com dan ke laman Facebook Cruise Tasik Putrajaya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cruise tasik putrajayaharga cruise tasik putrajaya
Share7Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara