Alat pengering rambut atau ‘hair dryer’ adalah satu alat penghias dan penjagaan rambut yang lazim dilihat. Malah pelurus rambut atau hair straightener juga sudah menjadi barang keperluan setiap wanita di luar sana.

Tapi jangan lupa, jika menggunakan dua peralatan elektronik ini dari jenama yang tak berkualiti boleh menyebabkan rambut yang disayang dan dibelai itu mudah rosak.

Salah satu jenama yang mempunyai rangkaian pengering rambut dan pelurus rambut yang berkualiti adalah Philips.

Terbaru Philips memperkenalkan teknologi pintar SenseIQ bagi memastikan penjagaan yang dipersonalisasi untuk rambut anda kekal sihat. Teknologi ini kini terdapat pada produk terbaru Philips iaitu Philips Hair Dryer Prestige dan Philips Straightener Prestige. 

Apa Itu SenseIQ ?

Ada yang mungkin berfikir, semua jenis rambut  bebas menggunakan suhu yang anda mahukan.  Anda silap! Jika rambut anda bukan jenis tebal, anda harus pilih kepanasan yang rendah setiap kali anda menggunakan pengering rambut. Ini kerana setiap orang mempunya tekstur dan keadaan rambut yang berbeza, jadi suhu yang dikenakan juga harus berbeza.

Jadi anda harus bijak menentukan suhu yang sesuai supaya ia tidak terlalu panas sehingga membuatkan rambut rosak.

IKLAN

Sekarang dah mudah! Dengan adanya teknologi pintar SenseIQ pada kedua-dua alat ini, anda tak perlu bimbang lagi pasal suhu. Teknologi SenseIQ ini diaktifkan melalui pengesan infra merah yang sentiasa mengesan suhu pada rambut. Jadi tahap pelindungan rambut anda sepenuhnya dipersonalisasikan.

Memandangkan kebanyakkan rambut wanita mahupun lelaki mempunyai textur dan kondisi yang berbeza, maka Philips Hair Dryer Prestige dan Straightener Prestige menjanjikan prestasi yang baik untuk semua jenis rambut.

Mikropemproses pintar ini mampu menganalisis data yang diambil dari pengesan infra merah dan menukar suhu sehingga 4,000 kali pada pengering rambut dan 20,000 kali pada pelurus rambut untuk mengelakkan ia menjadi terlalu panas. Canggih bukan?

Teknologi ini sebenarnya dicipta untuk memelihara rambut dan rambut akan kekal lembab secara semula jadi.

Philips Hair Dryer Prestige

Philips Hair Dryer Prestige mempunyai tiga tetapan yang berbeza:iaitu Mod Fast untuk 20% lebih pantas mengering, Gentle, dan Dry untuk kegunaan harian. Anda boleh pilih yang mana anda suka, kalau dah lambat tu, boleh lah pilih Mod Fast.

IKLAN

Philips Straightener Prestige

Manakala Philips Straightener Prestige atau pelurus rambut ini memang berbeza dengan jenama yang lain. Sama seperti Philips Hair Dryer Prestige, teknologi SenseIQ yang terdapat pada pelurus rambut ini mampu mencegah rambut anda rosak akibat terlalu panas dan ia terbukti dapat mengekalkan sehingga 93% kekuatan rambut semula jadi anda.

Selain itu, pelat pemanas pada pelurus rambut Philips ini ternyata begitu lembut , di mana ia 20% lebih besar untuk meluncur ketika menarik rambut. Anda boleh memilih 3 mod yang bersesuaian dan suhu boleh di tentukan dari 120 hingga 230 celcius.

Lebih menarik, pelurus rambut ini dapat merawat rambut dengan Sistem Tetra Ionic. Jutaan Ion negatif akan meresap ke dalam rambut anda bagi menghilangkan statik, menyingkirkan kerinting. Hasilnya, rambut yang lurus dan bebas kusut dengan kilau menawan.

Harga Yang Menjimatkan

Untuk Philips Hair Dryer Prestige, setiap unit akan dibekalkan dengan Drying Nozzle, Styling Nozzle 11mm, Curl diffuser dan kad jaminan 2 tahun.

Manakala Philips Straightener Prestige pula, setiap unit dibekal sekali dengan beg istimewa dari Philips. Ia sesuai digunakan untuk menyimpan pelurus rambut bersama dengan aksesori lain dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Turut disertakan kad jaminan 2 tahun.

Berminat untuk merasai pengalaman teknologi pintar terbaru ini? Philips Hair Dryer Prestige dan Philips Straightener Prestige ini dijual dengan harga RM559 setiap satu. Ia boleh di dapati melalui Philips e-store dan penjual barangan Philips bertauliah.