Baru-baru ini, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid telah berlepas ke Portugal untuk menyertai kelab Portimonense SC di Portugal.

Safawi Bengang 

Keberangkatan pemain itu turut ditemani pelakon dan ahli perniagaan, Syifa Melvin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Terbaru, Safawi menerusi hantarannya di laman Twitter dan Insta-story malam tadi meluahkan rasa geram kerana terdapat segelintir pihak media yang cuba mensensasikan kisah peribadinya.

Menurut pemain bola berusia 23 tahun ini, tujuan dia berhijrah adalah kerana kerja namun tidak menyangka kisah peribadinya dijaja dan seperti tidak menghormatinya.

“Interview pun tak! Sedap-sedap buat story.Semoga Allah balas apa yang korang buat” ulas Safawi di Twitter.

IKLAN

Terdahulu, kisah Safawi dan Syifa hangat diperkatakan di media sosial selepas kedua-duanya dilihat mempunyai hubungan rapat namun sehingga kini tiada sebarang pengesahan mengenai status hubungan mereka.