Penyanyi Shila Amzah telah berkongsi khabar gembira yang mana dia bakal mengadakan konsert solo pada awal tahun hadapan.

Konsert Awal Januari 2021

Konsert anjuran Shiraz Projects Sdn Bhd yang diberi judul ‘Shila Amzah – Journey To The Future’ ini bakal diadakan pada 15 Januari 2021 sekaligus menjadi antara konsert pertama akan diadakan pada awal 2021.

Memandangkan negara masih lagi berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Shiraz akan mengutamakan standard operasi prosedur (SOP) buat peminat yang akan menghadiri konsert tersebut berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

Janjikan Kelainan

Bagi Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila binti Amir Amzah,30  dia menjanjikan konsert pada kali ini akan penuh dengan kelainan. Menurut Shila dia akan membuat persembahan medley lagu-lagu popularnya sebelum ini, duet bersama penyanyi jemputan dan akan turut menyanyikan sebuah lagu dalam bahasa asing yang mana belum pernah disaksikan secara langsung oleh peminat-peminat.

IKLAN

“Insyallah,ketika ini kita masih pilih lagi lagu untuk dipersembahkan. Kita sebenarnya dah ada senarai dalam lebih kurang 30 buah lagu. Kita akan cuba masukkan dalam 20 buah lagu dan kalau tak cukup kita akan gabungkan (medley)”

“Kelainannya disini adalah kita memang akan jemput penyanyi kolaborasi yang lalu sebab saya jarang ada kesempatan untuk menyanyikan lagu duet kami sebelum ini. Kelainan lagi, Insyallah masih akan ada unsur menari dan akan satu segmen khas yang mana saya akan menyanyikan medley lagu gabungan pelbagai bahasa yang tak pernah saya nyanyikan untuk orang ramai” kata Shila.

Tiket Mula Dijual Pada 8 Oktober 2020

Shila ditemui Murai.my ketika di majlis sidang media konsert ‘Shila Amzah – Journey To The Future’ di Kuala Lumpur Convention Centre disini pada pagi Rabu. Harga jualan tiket bermula RM798 (sesi bersama peminat), RM458 (diamond), RM358 (platinum), RM258 (gold), RM198 (silver) dan RM168(bronze). Tiket akan mula dijual pada 8 Oktober 2020 menerusi www.myticket.asia.