Selepas mengungguli kategori ‘Best Quarantine- Themed Drama/Feature/Programme’ di Anugerah ContentAsia 2020* yang berlangsung pada Ogos lalu, SMK di bawah naungan Astro Ceria kini kembali dengan drama bersiri untuk musim yang kedua.

Tampilkan Elly Mazlein Dan Sean Lee 

SMK, sebuah siri komedi generasi millennial menampilkan bakat-bakat muda popular seperti Wafiy Aan, Mia Sara Nasuha, Rykarl Iskandar, Arena Wan, Erissa Puteri, Fikry Kiki dan ramai lagi. Menariknya lagi, rantaian siri kali ini turut menampilkan pelakon sensasi tanah air, Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan gelaran Kak Lina Pom Pom bersama pengacara dan pelakon lelaki yang kian meningkat naik, Sean Lee.

Bermula 7 Oktober 

Bagi musim kali ini, Elly Mazlein akan menyandang watak sebagai seorang guru disiplin, Cikgu Aini, manakala Sean Lee bertindak sebagai pelajar senior di sekolah tersebut bernama Zul. SMK Musim 2 bakal menemui peminat pada setiap hari Rabu mulai 7 Oktober, 9 malam di Astro Ceria (CH631) dan Ceria HD (CH611). Musim terbaharu ini juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand. Peminat SMK juga boleh menyertai ‘maraton SMK’ pada 7 Oktober, mulai 5 petang di saluran Astro Ceria.

Sebagai info, Peminat SMK juga boleh menghantarkan komen di Instagram rasmi SMK (@smk.kita) dengan tanda pagar #SMKMusim2, di mana komen-komen mereka mungkin akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ceria.

Musim terbaharu SMK yang mengambil masa selama 27 hari penggambaran di sekitar Kuala Lumpur ini juga mempunyai laman sesawang rasmi yang mana dijadikan platform alternatif untuk penonton khususnya golongan kanak-kanak dan remaja mendapatkan kandungan eksklusif dari jenama SMK termasuklah video selingan, permainan atas talian dan juga kuiz personaliti yang menarik! Di laman sesawang itu juga terdapat segmen ‘Suara Murid Kita’ di mana anak-anak boleh mendapatkan maklumat untuk berhubung dengan perkhidmatan dan program psikologi atau kaunseling.

IKLAN