Sunday, April 2, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Musik

Lebih 5 Ribu CD Terjual! Siti Nurhaliza Terima Anugerah Emas

by Khai Azfar
October 8, 2020
Share on Facebook

Penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza terus melakar kejayaannya tersendiri pada tahun ini. September lalu, penyanyi yang lebih mesra disapa sebagai Siti telah dinobatkan sebagai Malaysia’s Most Admired bagi kategori wanita oleh portal YouGov, sebuah syarikat penyelidikan terkemuka di dunia yang mengumpul data dan maklumat hasil perkongsian pandangan dari 9.6 juta ahli mereka dari seluruh dunia.

ManifestaSITI2020 Dapat Sambutan Hangat

Sejak melancarkan albumnya yang ke-18 ‘ManifestaSITI2020’ pada 3 Julai lalu, lagu-lagu baharunya kembali berkumandang di corong-corong radio dan suara merdunya kembali menjadi santapan halwa telinga pendengar. Album yang memuatkan 11 buah lagu itu termasuk lagu ‘Anta Permana’ yang pernah menduduki tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).

Turut dimuatkan dalam album ini adalah lagu ‘7 Nasihat’ yang mula diperdengarkan kepada khalayak pada Februari lalu, menyaksikan Dato’ Sri Siti berganding dengan penyanyi duo Hip Hop, Kmy Kmo dan Luca Sickta. Walaupun ketika itu situasi agak mencemaskan akibat pandemik COVID-19 sedang membadai dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang meresahkan rakyat Malaysia, namun tidak menghalang Siti untuk memperkenalkan lagu ‘7 Nasihat’ ini kepada pendengar.

Kebijaksanaaan Siti dalam mempromosi lagunya dalam masa yang sama berkempen menggunakan lagu ‘7 Nasihat’ yang diubahsuai liriknya telah berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat tentang usaha membendung penularan wabak COVID-19 ketika itu. Apatah lagi bila penyanyi ini melancarkan Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Siti Nurhaliza yang ditubuhkan untuk membantu pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi penularan wabak COVID-19 dalam negara, telah menaikkan lagi profilnya sebagai penyanyi berhati besar.

Catat Rekod 

Menerusi lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ yang diangkat sebagai lagu tema drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’ yang ditayangkan di slot Akasia TV3 pada Julai lalu, sekali Siti berjaya menambat hati pendengar sehinggakan lagu itu berjaya tersenarai dalam carta radio dan carta platform digital sehingga ke hari ini. Malah video muzik rasmi ‘Aku Bidadari Syurgamu’ berjaya mencapai lebih 10 juta tontonan sejak dimuatnaik di YouTube pada Julai lalu.

Terima Anugerah Emas 

Walaupun sudah bertapak selama 24 tahun dalam industri seni, Siti berjaya membuktikan masih mempunyai magis tersendiri apabila karya terbitannya tidak pernah tidak mendapat sambutan pendengar.Ini terbukti apabila album fizikal (CD) ‘ManifestaSITI2020’ telah mencapai jualan lebih 5,000 unit. Pencapaian ini telah melayakkan Siti menerima Anugerah Emas (Gold Award) daripada syarikat Universal Music Sdn. Bhd.

“Saya bersyukur kerana di dalam era digital, album fizikal saya masih mendapat sambutan baik setelah 4 bulan berada di pasaran. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan saya berharap agar jualan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa” ujar Siti menerusi edaran kenyataan media.

CD ‘ManifestaSITI2020’ dijual menerusi SNP On Pay iaitu sistem pemasaran oleh Affiliate yang diwujudkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. Album ini masih boleh dilanggani di SNP On Pay termasuk Boxset ManifestaSITI2020. Boxset istimewa ini mempunyai CD ManifestaSITI2020, buku nota, buku jurnal, pelitup muka dan juga pensanitasi tangan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER Dato Sri Siti Nurhalizasiti nurhaliza
Share4Tweet2SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

Didie Alias Puas Kerjasama Dengan Suami, Pernah Ditipu Rakan Kongsi?
Lokal

Didie Alias Puas Kerjasama Dengan Suami, Pernah Ditipu Rakan Kongsi?

by Ameerul K
March 22, 2023
[VIDEO] Ramai Tertanya-tanya Kenapa Siti Nurhaliza Pilih Ernie Zakri & Jay Jay Untuk Konsert, Ini Jawapannya!
#ApaPlan

[VIDEO] Ramai Tertanya-tanya Kenapa Siti Nurhaliza Pilih Ernie Zakri & Jay Jay Untuk Konsert, Ini Jawapannya!

by Phic ARMAN
March 22, 2023
Siti Nurhaliza Kenang Arwah Bapa Sempena Hari Polis, Netizen Dedah Pernah Dirotan Bapa Siti?-“Pak Cik Ni Yang Saya..”
Gossip

Siti Nurhaliza Kenang Arwah Bapa Sempena Hari Polis, Netizen Dedah Pernah Dirotan Bapa Siti?-“Pak Cik Ni Yang Saya..”

by Naddy Joe
March 20, 2023
Siti Nurhaliza Titip Rasa Bangga Dengan Kejayaan Lesti Kejora-“Semua Orang Ada Impian Dan…”
Gossip

Siti Nurhaliza Titip Rasa Bangga Dengan Kejayaan Lesti Kejora-“Semua Orang Ada Impian Dan…”

by Naddy Joe
March 16, 2023
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Mia Sara Disangka Kantoi Berparti & Tak Bertudung? Netizen Bimbang- “Sebab Tu Kena Hati-Hati Memilih Kawan”

  2. 2

    Zamarul Hisham Dedah Sikap Rita Nadira Ketika Digandingkan Dalam Telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’

  3. 3

    Gambar Adik Neelofa Tersebar, Pemuda Indonesia Pasrah Dan Sanggup Terima Ameera Khan Jadi Isteri

  4. 4

    Mawar Rashid Umum Nama Terkini Anak Ketiga-“Ya Tukar Nama Sebab….”

  5. 5

    Puteri Sarah Mengaku Bahagia Dapat Cincin, Peminat Tak Sabar Tengok Naik Pelamin Kali Ke-2!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan