Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Suami Dedah Nadia Brian Curang, Netizen ‘Speku’ Siapa AN & AA?

by Khai Azfar
October 8, 2020
607
KONGSIAN
Share on Facebook

Kisah pergolakan rumahtangga pelakon Nadia Brian dan suami Muizz Nasruddin hangat diperkatakan di media sosial. Setelah mengunci mulut,akhirnya Muizz tampil dengan pendedahan yang mengejutkan ramai.

Kongsi Di Laman Insta-Story

Menerusi hantaran di Insta-Story nya Muizz telah menunjukkan abjad awalan namanya dan isteri serta abjad dua lagi individu misteri yang didakwa pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon itu. Terdahulu, media melaporkan pelakon Aidit Noh kononnya menjadi orang ketiga dan punca keretakan rumahtangga pasangan ini, namun Aidit menafikan dakwaan tersebut.

Tiga Bulan Tidak Sebumbung 

Dalam pada itu, menerusi laporan Berita Harian, Muizz sebelum ini juga mendedahkan bahawa mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak hampir tiga bulan yang lalu.

Malah dia turut mengajak Nadia untuk kembali ke rumah mereka namun ditolak oleh isterinya dan membuat keputusan untuk tinggal di rumah ibunya.

“Kami masih suami isteri, ketika ini. Cuma, saya dan Nadia sudah tidak tinggal sebumbung sejak hampir tiga bulan lalu.

“Saya tak pernah menghalau Nadia keluar pada dari rumah. Malah, saya berkali-kali mengajak Nadia untuk kembali tinggal bersama. Namun, isteri menolak dan membuat keputusan untuk tinggal di rumah ibunya,”

“Entri saya dalam IG bukan cerita rekaan. Saya memang dihina, dihalau, dikhianati dan dianiayai.

“Saya cuba menghubungi ibu dan keluarganya untuk menyelesaikan masalah antara saya dengan Nadia dengan baik. Namun, semuanya hanya sia-sia.

“Saya sedaya upaya mahu menyelamatkan rumah tangga, tetapi Nadia tidak mahu memberi kerjasama,” katanya.

Muizz yang juga seorang ahli perniagaan berkata, dia lebih mengecewakan apabila menerima bukti video kecurangan Nadia yang dihantar oleh seseorang.

“Nadia bukan curang dengan seorang, tetapi dua lelaki.

“Saya ada bukti yang cukup. Saya berada dalam posisi yang betul,” dakwa Muizz.

Ketika ini, di media sosial rata-rata peminat turut meluahkan rasa kasihan melihatkan pada keadaan pasangan ini selain mendoakan agar hubungan mereka kembali pulih seperti sedia kala.

Dr Azmeer dan Selebriti Pertahan Bidang Seni, Kecam Dakwaan 'Bodoh' oleh Pempengaruh

Segelintir daripada netizen pula terus berteka-teki mengenai siapakah individu AN dan AA yang dimaksudkan oleh Muizz. Sebagai info, Muizz dan Nadia telah bernikah pada 9 November tahun lalu di Magica Hall, Shah Alam.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
aidit nohMuizz Nasruddinnadia brianNadia Brian Aidit Nohnadia brian curangnadia brian muizz Nasruddin
https://lomp.at/vx0s7
Share247Tweet150SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem