Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Ratu Cantik Malaysia, Francisca Luhong Kongsi Kisah Pernah Dibuli

by Khai Azfar
October 8, 2020
Share on Facebook

Malaysia telah menyaksikan Francisca Luhong dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia yang baharu sekaligus akan mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe 2020 kelak.

Dulunya Seorang Yang Pemalu!

Di sebalik penampilannya yang cukup menarik, siapa sangka figura yang berasal dari Kuching, Sarawak ini menyimpan pelbagai kisah suka dan duka sebelum ini. Menurut Francisca atau lebih mesra disapa sebagai Fran, tidak ramai yang tahu sebenarnya dia seorang yang pemalu namun ianya tidak menghalang Fran untuk aktif bersukan di sekolah.

Disebabkan sering terdedah pada cahaya matahari ketika melakukan aktiviti, kulitnya agak sedikit gelap dan begitu kurus sehingga kelihatan seperti seorang yang sedang sakit. Disebabkan faktor fizikalnya ketika itu, dia juga pernah dibuli oleh rakan sebaya.

“Saya dulu seorang yang pemalu. Masa di sekolah saya tak ramai kawan dan pernah dibuli!”

“Dulu saya sangat aktif di sekolah dan selalu sertai pelbagai aktiviti. Disebabkan itu sering terdedah di bawah cahaya matahari dan kulit saya pun agak sedikit gelap dan badan saya sangat kurus dari sekarang. Ini kira okay tau dan selalu nampak macam sakit”- dedah Fran.

Mahu Buktikan Kemampuan Wanita 

Bagaimanapun, dedah Fran lagi ianya tidaklah berpanjangan kerana dia berjaya menaikkan keyakinan diri ketika berada di tingkatan 6 dan sejak itu dia telah berazam untuk memartabatkan nasib para wanita. Malah, Fran juga telah nekad untuk terus membawa pegangan tersebut sehingga ke hari ini.

“Masa di tingkatan 6, saya mula berazam untuk tingkatkan keyakinan. Yang menariknya, waktu itu saya bersekolah di sekolah semuanya pelajar lelaki tetapi untuk tingkatan 6 pelajarnya campurlah kan? dan ketika itulah saya banyak kawan”

“Saya bersekolah di sekolah yang kesemuanya pelajar perempuan dari sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah. Jadi saya memang tahu bagaimana bila bercampur dengan semuanya perempuan tetapi tidak rasa lebih semangat untuk ke depan. Di situlah saya berazam untuk buktikan kemampuan wanita” jelas Fran lagi.

Fran ditemui Murai.my ketika Chit Chat eksklusif bersama Murai.my baru-baru ini di studio Lowyat MSC, Kuala Lumpur.

Pelbagai perkongsian dan pendedahan menarik telah dikongsi oleh Miss Universe Malaysia ini segalanya boleh dilihat menerusi temubual eksklusif kami bersama figura jelita ini!

YouTube video

Error happened.
Francisca Luhongmiss universe malaysia 2020
https://lomp.at/puibr
Share4Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara