Kes COVID-19 di negara kita semakin meningkat dan amat membimbangkan. Dengan bertambahnya bilangan, lebih ramai orang terdedah kepada coronavirus, lagi-lagi ramai yang tidak akan mengetahuinya samaada mereka dijangkiti atau tidak.

Pada hari ini 8 Oktober, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan memuatnaik poster yang meminta penumpang bas tertentu menghubungi jabatan tersebut dengan segera. Ini adalah posternya:

Di dalam poster tersebut, mereka meminta sesiapa sahaja yang menaiki bas (MYBUS, NDH2259) dari Platform B10 KLIA2 pada jam 9 malam pada 30 September dan sampai di Nilai Sentral pada pukul 10 malam untuk menghubungi jabatan kesihatan.

Sekiranya anda atau sesiapa sahaja yang anda kenali telah menaiki bas ini, maka anda boleh menghubungi 06-7634809 dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang pada hari kerja dan 8 pagi hingga 1 petang pada hujung minggu. Tolong sebarkan ini agar semua penumpang dapat dikenali dan virus dapat dibendung!