Lagi kes penularan wabak COVID-19 dalam pusat membeli-belah dilaporkan. Juga melibatkan kawasan lembah Klang,sebentar tadi pihak Setia City Mall, Shah Alam telah mengesahkan laporan kes tersebut.

Ahli Fitness First Positif COVID-19

Menerusi sebuah kenyataan, pihak pusat membeli-belah berkenaan berkata salah satu penyewa mereka iaitu Fitness First telah memaklumkan terdapat ahli kelab disahkan positif wabak COVID-19.

Susulan daripada itu, kakitangan pusat kecergasan berkenaan yang telah bertugas telah menjalani ujian pemeriksaan COVID dan akan menjalankan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Pihak Fitness First juga telah memastikan kakitangan lain untuk mengambil alih tugas berkenaan bagi terus memberikan khidmat terbaik buat pelanggan mereka. Malah Fitness First bersama-sama Setia City Mall telah membersihkan dan menjalankan aktiviti sanitasi sebaik mungkin pada malam tadi.

IKLAN