Sebentar tadi, Parkson Malaysia menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan terdapat salah seorang kakitangan mereka di Parkson Elite, Pusat Membeli Belah 1 Utama, Petaling Jaya disahkan positif COVID-19.

Perunding Kecantikan Positif COVID-19

Kenyataan itu dimaklumkan mereka selepas seorang perunding kecantikan di tempat itu mendapat keputusan saringan pada Rabu.Difahamkan, perunding kecantikan berkenaan bertugas di bahagian kosmetik dan wangian di tingkat G premis membeli belah itu.

Premis Ditutup Sementara 

Bagaimanapun difahamkan kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi sedang dijalankan seperti mana ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kami telah menutup premis Parkson Elite 1 Utama bagi proses sanitasi dijalankan seperti mana ditetapkan oleh KKM.

“Premis kami akan ditutup sementara bagi proses mitigasi risiko jangkitan dan akan dibuka esok dengan kakitangan baharu,” katanya menerusi kenyataan media pada Khamis.

IKLAN

Dalam masa yang sama, semua kakitangan turut menjalani ujian saringan dan dinasihatkan menjalankan kuarantin kendiri selama 14 hari. Beberapa hari yang lalu, kes yang sama turut dilaporkan dalam pusat membeli belah itu.