Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Dua Pelajar SK Bangsar Dilaporkan Positif COVID-19

by Khai Azfar
October 9, 2020
26
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas dua pusat membeli belah terkenal di Lembah Klang, Setia City Mall dan One Utama dilaporkan mempunyai kes pelawat positif COVID-19, semalam sebuah sekolah di Bangsar turut dilaporkan mempunyai kes yang sama.

Dua Pelajar Positif

Menurut laporan media, dua pelajar  perempuan Tahun Lima dan Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, Kuala Lumpur telah disahkan positif COVID-19, hari ini. Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu Mohd Yazid Mohd Yasin berkata, pihak sekolah dimaklumkan perkara terbabit oleh penjaga dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kira-kira jam 10.30 pagi semalam dan petugas KKM turut datang ke sekolah untuk melaksanakan ujian saringan kepada murid dan guru membabitkan dua kelas berkenaan.

Sekolah Tidak Ditutup

Difahamkan, tiada arahan penutupan sekolah setakat ini bagaimanapun sesi persekolahan petang semalam telah ditangguhkan.

“Petugas KKM menjalankan ‘swab test’ (ujian calitan) bermula jam 2 petang tadi kepada kira-kira 80 murid dari dua kelas Tahun Empat dan Lima, serta 26 guru yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dua murid yang positif Covid-19 itu.

“Petugas KKM juga dijangka akan menjalankan sanitasi di kelas dan lokasi berkaitan. Namun, pihak sekolah memang melakukan sanitasi setiap hari.

“Buat masa ini, tiada arahan penutupan sekolah, dan pihak pentadbir juga tiada kuasa untuk menutup sekolah, sebaliknya perlu tunggu arahan daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Kementerian Pendidikan,” katanya menerusi laporan BH.

Menurut sumber, dua murid perempuan itu mendapat jangkitan daripada ahli keluarga mereka selepas pulang daripada menghadiri sebuah kenduri, baru-baru ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
covid-19SK BangsarSK Bangsar COVID-19
https://lomp.at/a59zb
Share12Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem