Cili kering merupakan antara bahan masakan yang paling penting terutamanya dalam penghasilan masakan Melayu. Jumlah biji cili juga menentukan tahap kepedasan cili. Tetapi agak leceh untuk membuang biji cili dan ini merupakan cara mudah untuk asingkan biji cili menurut Sirap Limau.

1Merebus Cili

via Butter Kicap

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah merebus cili kering. Rebus dengan menggunakan air panas sehingga menutup paras cili anda. Pastikan cili kering sudah lembut, sebelum ke langkah seterusnya.

2Memotong Cili Menggunakan Gunting

via Serious Eat

Pastikan semua cili sudah lembut sebelum dipotong. Cara terbaik, mudah dan cepat adalah menggunakan gunting. Potong cili kering yang telah direbus tadi dengan menggunakan gunting tanpa mengeluarkannya terlebih dahulu.

3Rehatkan Cili Kering

via Sisi Jemimah

Menurut Sirap Limau, setelah semua cili kering dipotong mengikut kehendak anda, kemudian tutup api dan biarkan seketika cili kering dalam keadaan rehat. Ini untuk memastikan semua biji cili akan keluar dari cili kering.

4Menapis Cili Kering

via Bazaar Kita

Setelah itu, sediakan satu besen air dan dengan menggunakan penapis yang berlubang besar anda asingkan cili kering dan bijinya. Caranya adalah dengan menggoyangkan penapis supaya semua biji cili dapat dikeluarkan. Ulang perbuatan ini sehingga anda berpuas hati.

Jadi untuk anda yang suka masakan berunsurkan cili kering tidak perlu lagi menghabiskan masa mengasingkan biji cili. Dengan menggunakan cara di atas, biji cili dapat diasingkan dengan mudah dan cepat.

IKLAN