Lagi kes Covid-19 di gedung pusat membeli-belah terkenal di Lambah Klang. Sebentar tadi, pihak pengurusan Mid Valley Megamall dan juga The Gardens Mall mengumumkan seorang pekerja London Sales Cosmetics Sdn Bhd (LSC) telah dijangkiti virus Covid-19.

Pengumuman yang dibuat menerusi Facebook rasmi Mid Valley Megamall itu menulis pekerja tersebut memberitahu majikannya setelah salah seorang ahli keluarganya dijangkiti virus tersebut dan dia terus mengambil langkah menjalani kuarantin kendiri.

Via Facebook Mid Valley Mega Mall
Via Facebook Mid Valley Mega Mall

Laporan itu turut menyatakan bahawa pekerja tersebut tidak menunjukkan sebarang gejala namun disahkan positif Covid-19 pada 10 Oktober selepas membuat ujian saringan.
Sehingga arikel ini ditulis, belum ada keputusan yang diambil untuk menutup pusat membeli-belah.