Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

Ini Sebab Kenapa Lenovo IdeaPad Flex 5 Digemari Ramai Pelajar

by Phic ARMAN
October 22, 2020
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Lenovo Malaysia telah memperkenalkan sebuah komputer riba yang baru, nipis dan ringan, iaitu  IdeaPad Flex 5. Peranti ini direka untuk generasi Z atau anak muda yang sedang belajar di pusat pengajian yang mencari komputer riba dengan prestasi terbaik serta penampilan yang bergaya.

Para pelajar pasti akan menyukai skrin Lenovo IdeaPad Flex 5 yang mempunyai paparan bezel IPS nipis dengan pepenjuru 14 inci (resolusi Full HD).

4 Mod Berbeza

Menariknya terdapat empat mod yang ditawarkan oleh komputer riba seberat 1.65 kg ini, yang terdiri daripada mod “Laptop”, “Tent”, “Stand”, hingga “Tablet”. Mod Laptop membolehkan pengguna menggunakan peranti dengan kedudukan skrin seperti komputer riba konvensional.

Kemudian, mod tent membolehkan skrin komputer riba dibengkokkan lebih dari 180 darjah sehingga komputer riba dapat diatur agar kelihatan seperti bentuk khemah.

Mod berdiri sendiri dapat digunakan oleh pengguna ketika mereka ingin menonton filem, sementara mod Tablet, atau mod 360 derajat, dapat digunakan untuk melukis di layar menggunakan aksesori Pena Digital Lenovo.

Jom tonton video Unboxing di bawah, untuk melihat bagaimana komputer riba ini berubah menjadi 4 mod berbeza.

YouTube video

IdeaPad Flex 5 dilengkapi dengan konfigurasi pemproses (CPU) AMD Ryzen 5 4500U, RAM hingga 16 GB, dan SSD hingga 1 TB.  Selain itu, ia juga sudah terpasang dengan Microsoft Office Home & Student 2019, yang membolehkan pengguna membuat tugasan atau belajar dengan lancar sejurus selepas mereka menerima komputer riba ini.

Di Malaysia, Ideapad Flex 5 hadir dalam warna Platinum Grey, Charcoal Grey, dan Light Teal dan dijual dengan harga mulai dari RM2,592.55. Tak terlalu mahal, bagi penulis, harga ini dalam linkungan bajet pelajar. Lenovo IdeaPad Flex 5 boleh didapati di kedai rasmi Lenovo, di luar talian dan dalam talian, dan pengguna boleh mendapatkan aksesori Lenovo Digital Pen secara langsung dengan setiap pembelian.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
LenovoLenovo IdeaPad Flex 5
https://lomp.at/1tuon
Share10Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem