Pengumuman mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semula di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor semalam oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam ternyata mengejutkan ramai pihak dan pelbagai persepsi terus disuarakan oleh warganet di media sosial.

Adibah Noor Kecewa 

Segelintir meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan tersebut apatah lagi ianya diumumkan pada saat-saat akhir yang membuatkan pelbagai urusan warganet tergendala. Ini termasuklah buat selebriti verstail, Adibah Noor yang turut berasa kecewa dengan pengumuman tersebut.

Punyai Tugasan Di Johor 

Menurut Adibah di laman Twitter, mengikut perancangan dia mempunyai dua tugasan di Johor Bahru pada minggu ini. Namun disebabkan perintah yang akan dikuat kuasakan bermula tengah malam ini besar kemungkinan dia terpaksa membatalkan tugasan tersebut. Antara perintah tersebut adalah larangan merentas daerah buat ketiga-tiga negeri ini selama dua minggu.

Rata-rata pengikut Adibah turut merasai kesedihan tersebut selain mengharapkan penyanyi Terlalu Istimewa ini tabah menghadapi dugaan selain mendoakan kesihatannya.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan bermula tengah malam ini, 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020 berikutan peningkatan kes COVID-19.

IKLAN