Pada hari Ahad yang lalu, (11/20)The Gardens Mall (TGM) dan Mid Valley Megamall (MVM) telah mengesahkan seorang pekerja penyewanya disahkan positif Covid-19.

Kes tersebut membabitkan pekerja London Sales Cosmetics Sdn Bhd (LSC), syarikat yang menguruskan Origani dan Élévatione Time Stops di TGM dan Surreal by Élévatione Time Stops di MVM.

Walaubagaimanapun, menerusi posting terbaru yang dikeluarkan di Facebook Origani Malaysia, mereka melaporkan pekerja itu sebenarnya negatif Covid-19.

“Setelah ujian perubatan intensif dilakukan pada pekerja, laporan perubatan secara rasmi mengesahkan bahawa pekerja tersebut diuji negatif untuk Covid-19 dan telah keluar dari Hospital Sg.Buloh, malam tadi.”- tulis di Facebook

Pihak mereka turut menegaskan bahawa kenyataan pekerja nya disahkan positif Covid-19 yang dikeluarkan sebelum ini adalah salah.

IKLAN

“Pekerja kami selamat, dan kini dia berada dirumahnya bersama ahli keluarga yang juga diuji negatif Covid-19”

Pengurusan outlet itu kini menunggu maklumbalas dari Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengeluarkan kenyataan yang membolehkan mereka membuka semula outlet mereka untuk memulakan perniagaan  dan mematuhi semua SOP yang dikenakan oleh KKM.