Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

Hisense A7400F 4K: Ketahui 5 Sebab Kenapa Berbaloi Sangat Beli Smart TV Ini

by Phic ARMAN
October 20, 2020
534
KONGSIAN
Share on Facebook

Kita semua tidak tahu bila pawagam akan kembali sama seperti dahulu. Mesti ramai merindukan menonton wayang bersama-sama dengan keluarga dan teman-teman macam dulu-dulu.

Jadi mengapa tidak membuat sendiri di rumah dengan televisyen 65-inci Hisense 4K Android A7400F  yang besar dan harga mampu milik? Jom kita lihat 5 sebab kenapa berbaloi sangat beli Smart TV ini.

Resolusi 4K UHD

Perkara pertama yang sering dilihat dahulu adalah resolusi. Resolusinya Ultra HD 3840×2160 dengan refresh rate 60 Hz, sudah tentu menjadikan video streaming di TV lebih lancar.

4K UHD pada TV Hisense A7400F juga menghasilkan gambar yang lebih tajam dan lebih jelas. Ia dilengkapi dengan Dolby Vision HDR untuk memastikan bahawa resolusi TV seakurat yang mungkin dan menunjukkan versi terang dari setiap warna dan rona.

Dolby Vision ini disokong pada perkhidmatan penstriman seperti Netflix dan Amazon Prime, yang disertakan pada TV siri Hisense A7400F. Lebih canggih lagi, ia disematkan dengan teknologi ‘MEMC Motion’ untuk mengenal pasti butiran terkecil atau objek bergerak pantas dan membina semula piksel untuk mengembalikan gerakan yang bersih dan jelas. Walaubagaimanapun, MEMC Motion ini hanya tersedia pada TV Hisense A7400F 65 inci sahaja.

Panel tanpa bezel

Reka bentuk TV Hisense A7400F ini ternyata begitu elegan dan nipis. Bila diletakkan di ruang tamu rumah anda, sememang akan nampak teratur dan kemas. Lebih-lebih lagi  TV Hisense A7400F direka panel tanpa bezel.

Lebih menarik, jika ia diletakkan di atas meja, terdapat ruang yang besar di bawah TV, di mana anda boleh meletakkan alat kawalan TV, sound bar atau peranti yang lain di situ.

Android 9.0

Kelebihan lain yang ditawarkan adalah dalam sistem operasi. Ya, TV ini sudah menggunakan sistem operasi dari Android, Android 9. Ini juga memudahkan untuk menyambung ke Google dan ribuan produk telefon pintar yang lain. Dengan Google Playstore yang tersedia, pengguna dapat memasang pelbagai aplikasi.

Selain itu, pengguna juga dapat mengendalikan TV menggunakan arahan suara dengan mudah. Untuk alat kawalan jauh yang disertakan dengan TV ini, ia dilengkapi dengan reka bentuk ringkas dan butang minimalis yang menyediakan fungsi yang paling penting. Alat kawalan jauh mempunyai butang khusus untuk Netflix, GooglePlay dan YouTube.

DTS Virtual X

Peranti ini dilengkapi dengan kesan bunyi teater DTS Virtual X yang akan menjadikan pengalaman menonton video menjadi lebih menarik. Walaupun dengan dua pembesar, ia mampu mengenal pasti dan memisahkan dialog dari latar belakang untuk pengalaman mendengar yang lebih baik. Selain itu, anda boleh mendengar dengan lebih kuat tanpa bunyi bingit.

Jaminan 3 tahun

Setiap TV Hisense A7400F dilengkapi dengan jaminan 3 tahun jika pembelian menerusi offline. Jika anda membuat pembelian menerusi online,  2 tahun jaminan diberikan. Walaubagaimanapun,  tempoh jaminan tersebut boleh dikatakan paling lama yang tidak dapat ditawarkan oleh kebanyakkan jenama TV  lain. Ini menunjukkan betapa yakin dan komited Hisense terhadap produknya.

Dengan pengalaman lebih dari 51 tahun dalam menghasilkan TV, TV Hisense dinilai No. 1 di China selama 16 tahun berturut-turut dan merupakan rakan rasmi FIFA 18 dan UEFA EURO 2020.

Berminat? Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai TV Hisense 4K dari pengedar jualan terpilih dan lokasi berhampiran dengan klik di sini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/dmtqr
Share263Tweet113SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem