Thursday, July 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Yang Hina Islam Pun Ada! Ini 5 K-Drama Yang Pernah Cetus Kontroversi

by Naddy Joe
October 16, 2020
413
KONGSIAN
Share on Facebook

Drama Korea atau K-Drama sudah menjadi salah satu hiburan yang terkenal di serata negara. K-Drama bukan sahaja terkenal oleh kerana jalan ceritanya yang menarik dan lain dari yang lain, malah pelakonnnya juga berjaya memainkan watak dengan sangat baik.

Namun siapa sangka, di sebalik kejayaan K-Drama ini ternyata menarik perhatian penonton untuk dikritik dan dikecam disebabkan jalan ceritanya yang mencetuskan kontroversi. Adakah K-Drama favourite anda tersenarai? Stay tune guys!

LIVE

LIVE menjadi drama Korea pertama yang mencetuskan kontroversi. Drama ini menceritakan tentang kehidupan polis di Korea dan mendapat banyak reaksi negatif dari para penonton di Korea. Hal ini kerana banyak adegan yang menunjukkan sudut pandang seorang pegawai polis yang menjalankan tugasnya.

via Soompi

Salah satunya adalah ketika polis sedang cuba untuk meleraikan demonstrasi yang dilakukan di Ehwa Women’s University. Semasa demonstrasi terdapat beberapa tindakan keganasan yang dilakukan oleh pegawai polis terhadap pelajar dan orang ramai semasa demonstrasi tersebut. Hal ini menyebabkan pihak tvN melakukan permohonan maaf terhadap semua yang terlibat dalam demonstrasi tersebut.

THE K2

Siapa sangka drama yang dilakonkan oleh Ji Chang Wook dan Yoona Girls Generation juga menerima kritikan oleh penonton. Di awal episod drama ini ada sebuah adegan dimana Ji Chang Wook memiliki seorang kekasih Muslim bernama Raniya.

Mereka bertemu ketika Ji Chang Wook menjalaskan tugasnya sebagai seorang tentera. Setelah mereka bertemu dan berbual, Raniya membuka hijabnya dan mencium Ji Chang Wook. Hal ini secara tidak langsung  mendapat reaksi negatif dari para penonton khususnya penonton Muslim.

Drama ini juga menjadi kontroversi disebabkan adegan Ji Chang Wook berbogel semasa adegan bertengkar dengan 10 orang lelaki di bathhouse. 

MR SUNSHINE

Drama ini mempunyai kisah yang menarik dan rating yang tinggi. Tetapi sayangnya, drama ini mencetuskan kontroversi disebabkan sebilangan sejarawan memberi kritikan bahawa penulisan skrip dianggap tidak sesuai dengan sejarah, dari kronologi cerita sehingga pembentukan watak.

[VIDEO] "Ey, Kerja Kerja Lah!" - Pelanggan Tegur Ingat Staf Main Telefon

Selain itu drama ini juga dinggap menonjolkan bahaw Jepun adalah penjenayah dan Amerika adalah pahlawan. Hal ini mencetuskan kontroversi sehingga mewujudkan petisyen agar mengkaji kesilapan sejarah dalam drama ini. Akhirnya pasukan produksi membuat permohonan maaf dan membuat perubahan pada senario drama MR SUNSHINE.

MAN WHO DIES TO LIVE

Drama ini juga mencetuskan kontroversi dan kemarahan penonton. Drama ini megisahkan seorang lelaki dari Korea Selatan bernama Jang Dal Goo, yang dilakonkan oleh Choi Min Soo, yang melakukan perjalanan ke Timur Tengah.

Di sana beliau menjadi orang yang kaya sehingga mendapat gelaran dengan nama baru iaitu Saeed Fahd Ali. Antara adegan yang mencetuskan kontroversi adalah wanita berpakaian seksi tetapi memakai hijab, duduk mengangkat kai di hadapan sebuah buku yang dianggap sebagai kitab suci, dan adegan memakai kasut di dalam masjid.

BACKSTREET ROOKIE

Drama yang baru sahaja  ditayangkan pada tahun 2020 mencetuskan kontroversi sejak dari awal penayangannya walaupun drama yang dilakonkan oleh Ji Chang Wook dan Kim Yoo Jung ini mempunyai jalan cerita yang sangat menghiburkan.

Antara adegan yang mencetuskan kontroversi adalah di mana Kim Yoo Jung masih bawah umur mencium Ji Chang Wook yang merupakan lelaki dewasa. Selain itu, terdapat juga beberapa adegan yang menunjukkan tidak sesuai untuk dilakukan sebagai seorang pelajar sekolah menengah. Bukan itu sahaja, watak Han Dal Shik juga dilabel rasis dan menghina budaya kulit hitam dan drama ini juga tidak sesuai untuk ditonton bersama keluarga.

backstreet rookiek dramaliveman who dies to livemr sunshinethe k2
https://lomp.at/5p97q
Share169Tweet102SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem