Tak Tahu Tajuk Lagu? Feature Terbaru Google ‘hum to search’ Sangat Membantu!

336

Kebiasaannya apabila kita mendengar sesebuah lagu untuk pertama kali, sudah tentu kita akan tertanya-tanya apakah tajuk lagu tersebut, siapakah penyanyinya, dan kita hanya tahu humming sahaja.

Namun kini masalah tersebut dapat diselesaikan kerana Google menambah feature terbaru ke alat cariannya hari ini yang akan membiarkan anda humming, bersiul atau menyanyikan lagu yang tersekat di kepala anda, dan kemudian menggunakan model pembelajaran mesin untuk mengenalpastinya.

Ciri baru yang kini boleh didapati di dalam Google app untuk iOS dan juga Android, atau di Google Assistant. Anda hanya tanya Google “What’s the song?’ atau tekan butang “search a song” yang baru ditambahkan , dan kemudian hum your earworm. Google akan menunjukkan kepada anda hasil berdasarkan yang mana mungkin sepadan , yang mana anda boleh menekan pada results untuk mendengarnya.

via The Verge

Google mengatakan bahawa ciri tersebut berfungsi dengan menggunakan model pembelajaran untuk transform the audio into a number-based sequence representing the song’s melody, yang kemudian dapat dibandingkan dengan lagu yang ada.

Google juga mengatakan bahawa ia melatih model-model ini pada pelbagai sumber termasuklah nyanyian manusia, bersiul atau humming, serta rakaman studio. Ciri hum to search kini tersedia dalam bahasa Inggeris di iOS dan lebih daripada 20 bahasa dalam Android, dan merancang untuk menambahkan bahasa lagi di masa hadapan.

IKLAN