Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Bendi Menjadi Berlendir? Jom Lihat 5 Cara Mudah Untuk Hilangkannya

by Aphit J.
October 18, 2020
via My Resepi

via My Resepi

25
KONGSIAN
Share on Facebook

Bendi enak dimakan dan mempunyai khasiat yang tersendiri. Namun ramai yang kurang gemarkan sayur ini kerana sifatnya yang berlendir. Berikut adalah cara untuk memastikan bendi tidak berlendir apabila dimasak.

Basuh Bendi Terlebih Dahulu

via Impiana

Sebelum dipotong dan disiang. Basuh bendi terlebih dahulu kemudian sejatkan dalam penapis. Bila air benar-benar kering, barulah bendi dipotong. Tak perlu membasuh lagi bendi selepas dipotong.

Lapkan Dengan Menggunakan Kain Atau Tisu

via Sinar Plus

Cara ini mungkin agak remeh, tetapi bolehlah dicuba bagi mengekalkan rasa bendi. Caranya belahkan bendi terlebih dahulu. Bersih dan toskan. Kemudian biarkan bendi bertapis dalam bekas berlubang. Ambil kain atau tisu yang bersih dan lapkan tengah-tengah bendi.

Rendam Dengan Cuka Makanan

via Chiara Resepi

Rendam bendi yang telah dipotong bersama dengan 2 sudu cuka makan. Biarkan selama 5 minit. Kemudian, rendam airnya dan rendam kembali dengan air biasa. Ramas bendi dan buangkan lebihan lendir yang masih ada. Toskan semula dan cuci lagi sebelum digunakan untuk memasak.

Gaul Dengan Sedikit Garam

via Women Online Magazine

Selepas memotong bendi, cuci dan bersihkan bendi seperti biasa. Ambil garam secukupnya dan gaulkan. Biarkan seketika dan cuci terlebih dahulu sebelum masak. Perhatikan lendir pada bendi sudah berkurangan.

Basuh Dengan Asam Jawa

via My Resepi

Potong bendi, kemudian basuhkan bendi bersama dengan air asam jawa. Boleh juga rendamkan bendi seketika dengan air asam jawa untuk hilangkan lendir yang terdapat pada bendi. Kemudian anda boleh terus memasaknya.

Semoga petua di atas dapat membantu dan digunakan untuk menjadikan bendi anda tidak lagi berlendir ketika masak.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bendi berlendirhilangkan lendir bendipetua masakantips masakan
Share13Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Secret Recipe
Selera

Secret Recipe Sambut Ulang Tahun Ke-29 Dengan Kejutan Manis

by Nurul A.
October 26, 2026

Bulan Oktober menjadi lebih manis di Secret Recipe! Sempena ulang tahunnya yang ke-29, rangkaian kafe kegemaran rakyat Malaysia ini membawakan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara