Keputusan konsert minggu kedua Gegar Vaganza 7 (GV) ternyata mengejutkan ramai termasuklah buat peminat penyanyi ‘Cinderella’ ini, apabila Haslinda diumumkan sebagai bintang pertama yang tersingkr dari rancangan realiti itu.

Peminat Tidak Puas Hati 

Haslinda yang membawakan lagu nyanyian asal Nourul Depp berjudul Kerana Terluka,terpaksa akur memiliki markah terendah di bawah Indigo. Di media sosial, rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati dengan keputusan yang diumumkan kerana beranggapan bahawa pelantun Sehati dan Sejiwa itu berjaya membuat persembahan dengan baik berbanding beberapa peserta lain.

Dalam konsert itu juga menyaksikan Linda Nanuwil diumumkan sebagai penerima Anugerah Next Level Digi apabila mendapat undian tertinggi manakala Ashira berjaya memenangi Anugerah CUCKOO Healthy Home pada minggu kedua. Sebagai info, minggu ini juga buat julung kalinya menyaksikan penganjuran konsert tanpa kehadiran penonton dan para media bagi mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan berikut pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPBB) di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.